Tuesday, June 5, 2012

Sajak; Sekuntum Perawan



Gadis
Bukan janjiku
Jadi telinga setiamu

Muslimat
... teguh imanmu
bukan disogok kalam lagha
bukan dibelai pujangga asing
bukan godaan si bukan muhrim

Selagi akad belum dijabat
Perlukah kita sering bersama?
Gadisku..
roh pencinta Allah,,
bersama dalam redhaNya,
cukup
Ikhlaskan al-Fatihah
serukan doamu
pasrah di istikharah

Apa perlu kita gusarkan?
jika taqdirNya kamu untukku
dan bahuku buat pautmu
sejauh safara sekalipun
hatta berabad tak menatap mata
Tetap cintaNya
memimpin tangan kita
Bersama.

Kasihku..
tetapi kalau,
Kamu dan aku
bukan bersama di taqdirNya,
Sejuta janji
atau lafaz sehidup semati
hanyalah angan hati yang kerdil
hanyalah dugaan dariNya
menguji ampuh setia kita
kepada Dia
Pencipta Cinta..

Usah berhenti
ucap syukur atas segalanya
kerana Cinta & Rindu
mengajar kamu dan aku
episod tabah & setia
kisah seorang pemilik hati insan
kisah seorang pemilik jiwa hambaNya
kisah kita
pendamba kasih abadi..

No comments:

Post a Comment