Friday, September 2, 2011

Revolusi Irama Islamik

video

 Seni muzik Islamik telah banyak berevolusi..

daripada seni muzik berelemen qasidah




juga popular ketika zamannya, seni berunsurkan irama padang pasir..





 Alhamdulillah, berkat nawaitu yang padu tulus ikhlas pada ilahi, method dakwah bercorakkan seni suara kian popular dan berkembang. Dengan keindahan lirik yang menghampirkan diri kepada Yang Maha Esa, irama mula berevolusi seiring beredarnya dimensi waktu.

wujud irama nasyid kontemporari yang menggunakan lirik lebih mudah difahami dan menusuk pangkal rasa..








malah mungkin ada yang terkejut, wujud juga kini irama nasyid yang berlatarkan muzik band & rock..






Yang turut popular dan semakin mengukuhkan minat di hati para pendengar, ialah lagu-lagu islamik yang dicipta oleh artis muslim namun authenticnya ialah penggunaan medium bahasa Inggeris sebagai lirik. Misalnya, Maher Zain, Sami Yusuf, Yusuf Islam dan ramai lagi,..syukur, syukur, moga ianya menjadi asbab tersebarnya hidayah di bumi uncle sam, InsyaAllah




Yusuf Islam




video

ps; apa-apa pun, semua di atas hanyalah hiburan & method dakwah berlandaskan Islam. Alunan yang membawa ketenangan utama bagi seorang Muslim adalah MENGINGATI ALLAH. Medium Terbaik ialah al-Quran, Zikrullah dan ZikrulMaut.


Jemaah TABLIGH, gerakan dakwah yang disalahanggap (Ulasan Oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah AlBanjary AlMakky)


video
video


Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah AlBanjary AlMakky, salah satu ulama kontemporari Mazhab Syafi'i di nusantara, pengarang dan pentahqiq puluhan buku berbahasa arab




al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.





Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah. 


Ta'rif ringkas berkenaan Jemaah Tabligh 

Jemaah Tabligh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






















Jemaah Tabligh ("Kelompok [1] Penyampai") (Bahasa Arab: جماعة التبليغ , juga disebut Tabligh) adalah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang kaffah. Aktiviti mereka tidak terbatas pada satu golongan Islam saja. Kepada yang bukan Islam diajak kepada mengenal Allah dengan menerangkan bahawa Tuhan adalah Satu, Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah [2], Tujuan utama gerakan ini adalah untuk menerapkan kalimah iman Lailahailallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jemaah Tabligh merupakan gerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.

Sejarah Tabligh

Jemaah Tabligh ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya kepada Islam timbul ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926.[3]Maulana Ilyas mencipta slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh bukan merupakan sebuah kelompok ikatan (persatuan), tetapi adalah gerakan muslim untuk menjadi muslim yang menjalankan agamanya, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya.
Dalam waktu lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, anak Maulana Ilyas sebagai amir (pemimpin) yang kedua, gerakan ini mula mengembangkan kegiatannya pada tahun 1946, dan dalam jangka masa 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Sekali terbentuk dalam suatu negara, Jemaah Tablgih mula membaur dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Tabligh ialah Amerika Syarikat, tetapi fokus utama mereka adalah di Britain, mengacu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.[2]
Jemaah ini menerangkan bahawa mereka tidak menerima sumbangan dana dari mana pihak pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh anggota Tabligh.
Pada tahun 1978, Liga Muslim Dunia membiayai pembangunan Masjid Tabligh di Dewsbury, United Kingdom, yang kemudian menjadi markas utama Jemaah Tabligh di Eropah. Pemimpin mereka disebut Amir, Zamidaar atau Zumindaar.

Pengikut dari kalangan selebriti

Banyak pengikut Tabligh dari kalangan dikenali dan ternama. Dalam kalangan politik, mantan Presiden Pakistan Rafiq Tarar, Menteri ketua Sindh Dr. Arbab Ghulam Rahim, mantan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif, dan mantan Jeneral Pakistan Javed Nasir secara aktif mengikuti kegiatan-kegiatan Tabligh. Dalam kalangan ahli sukan, ada Shahid Afridi, Saqlain Mushtaq, Mushtaq Ahmed, Mohammad Yousuf, Inzamam-ul-Haq dan Saeed Anwar. Penyanyi terkenal seperti Junaid Jamshed dan Abrar-ul-Haq juga aktif dalam gerakan dakwah Islam ini. Selain itu, Ijaz-ul-Haq (anak Jeneral Zia-ul-Haq) juga terlibat beberapa kali bersama Jemaah Tabligh.
Di Indonesia, Jemaah Tabligh juga telah menyentuh hati Sakti dari kumpulan Sheila on 7. Pada tahun 2006, dia telah keluar selama empat bulan ke Markas Antarabangsa Tabligh di Nizzamudin, New Delhi, India. Dia telah berhenti bermuzik, dan memilih menjalankan amalan amalan maqami dan amalan intiqali dengan sangat intensif.

Contoh selebriti di Malaysia:




 

Aktiviti Dakwah

Markaz antarabangsa pusat tabligh adalah di Nizzamudin, India. Setiap negara pula mempunyai markas pusat nasional; dari markas pusat dibahagikan kepada markas-markas daerah yang dipimpin oleh seorang Shura. Markas-markas ini kemudiannya dibagikan lagi menjadi ratusan markas kecil yang disebut Halaqah. Kegiatan di Halaqah adalah musyawarah mingguan, dan sebulan sekali mereka khuruj selama tiga hari. Khuruj adalah meluangkan waktu secara total untuk berdakwah, yang biasanya dilakukan dari masjid ke masjid dan dipimpin oleh seorang Amir. Orang yang khuruj tidak boleh meninggalkan masjid tanpa izin Amir khuruj. Tapi para anggota Tabligh yang harus bekerja diperbolehkan untuk tetap bekerja, dan langsung mengikuti kegiatan berdakwah setelah pulang dari kerja. Orang yang telah khuruj disebut sebagai Karkun, dan tanpa adanya suatu baiat.
Sewaktu khuruj, kegiatan diisi dengan ta'lim (membaca hadis atau kisah sahabat, biasanya dari kitab Fadhail Amal karya Maulana Zakaria), jaulah (mengunjungi rumah-rumah di sekitar masjid tempat khuruj dengan tujuan mengajak kembali pada Islam yang kaffah), bayan, mudzakarah (menghafal) 6 sifat sahabat, karkuzari (memberi laporan harian pada amir), dan musyawarah. Selama kegiatan khuruj, para mubaligh akan tidur di masjid.
Aktivitas Markas Regional adalah sama, khuruj, namun biasanya hanya menangani khuruj dalam jangka waktu 40 hari atau 4 bulan saja. Selain itu mereka juga mengadakan malam Ijtima' (berkumpul), dimana dalam Ijtima' akan diisi dengan Bayan (ceramah agama) oleh para ulama atau tamu dari luar negeri yang sedang khuruj disana, dan juga ta'lim wa ta'alum.
Setahun sekali, digelar Ijtima' umum di markas nasional pusat, yang biasanya dihadiri oleh puluhan ribu Karkun dari seluruh pelosok daerah. Bagi Karkun yang mampu, mereka diharapkan untuk khuruj ke poros markas pusat (India-Pakistan-Bangladesh/IPB) untuk melihat suasana keagamaan yang kuat yang mempertebal iman mereka.

Asas 6 Sifat

1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.
  • Ertinya: Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
  • Laa ilaaha ilallah
    • Maksudnya: Mengeluarkan keyakinan pada makhluk dari dalam hati dan memasukkan keyakinan hanya kepada Allah di dalam hati.
  • Muhammadar Rasulullah
    • Maksudnya: Mengakui bahawa satu-satunya jalan hidup untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat hanya dengan mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.
2. Solat khusyu' dan khudu'.
  • Ertinya: Solat dengan konsentrasi batin dan rendah diri dengan mengikuti cara yang dicontohkan Rasulullah.
  • Maksudnya: Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah dalam solat kedalam kehidupan sehari-hari.
3. Ilmu ma'adz zikir
  • Ilmu
    • Ertinya: Semua petunjuk yang datang dari Allah melalui baginda Rasulullah.
  • Zikir
    • Ertinya: Mengingati Allah sebagaimana Agungnya Allah.
    • Maksudnya Ilmu ma'adz Zikir:
Melaksanakan perintah Allah dalam setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan ke-Agungan Allah mengikuti cara Rasulullah.
4. Ikramul Muslimin
  • Ertinya: Memuliakan sesama Muslim.
  • Maksudnya: Menunaikan kewajiban pada sesama Muslim tanpa menuntut hak daripadanya.
5. Tashihun Niyah
  • Ertinya:
Membersihkan niat.
  • Maksudnya:
Membersihkan niat dalam beramal, semata-mata kerana Allah.
6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah
  • Dakwah
    • Ertinya: Mengajak
  • Tabligh
    • Ertinya: Menyampaikan
      • Maksudnya:
        • Memperbaiki diri, iaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah.
        • Menghidupkan agama pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka.
Maulana Ilyas

Maulana Zakaria

Maulana Inamul Hasan

Maulana Yusuf


ps; pesanan untuk diri sendiri; "yang namanya tabligh itu bukan egois, tabligh mengajar banyak khidmat(bantu sesama makhluk Allah).." syukran ya Syeikh Nuruddin..

laman web seorang Da'ie Jemaah Tabligh 
Group bagi Da'ie Jemaah Tabligh (Facebook) 
Group Global bagi Da'ie Jemaah Tabligh (Facebook)