Wednesday, August 31, 2011

Siri disayangiNYA Wanita (madah nurani) 2

video

Siri disayangiNYA Wanita (madah nurani)

video

-Allah mahukan wanita diumpakan mutiara terindah yang tidak mudah disentuh, bukan senang dicapai malah dimuliakan sebaiknya. Jauh sekali ingin dibandingkan dengan kaca yang hanyalah mudah dimiliki namun kurang dihargai. MasyaAllah!!

Siri disayangiNYA Wanita (Video2 berkaitan hijab@tudung) (3)

 m
video

-Betapa bermujahadahnya muslimah-muslimah di eropah bermujahadah dalam memperjuangkan hak asasi mereka dalam melaksanakan kewajiban berhijab. Moga kita berupaya mengambil ibrah(pengajaran)

Siri disayangiNYA Wanita (Video2 berkaitan hijab@tudung) (2)


video

-Anda keliru? teragak-agak? hijab@tudung dirasakan berat untuk dipraktikkan?
Saksikanlah video ini, moga-moga ada hidayah yang terlihat.




Siri disayangiNYA Wanita (Video2 berkaitan hijab@tudung)

,
video

Tuesday, August 30, 2011

DisayangiNYA wanita,,(video lagu)


video video

Video2 Lagu yg memaparkan mengenai mulianya seorang Muslimah yg mempersadakan Islam sebagai prioriti yg pertama.

Monday, August 29, 2011

Sayonara Ramadhan

huhuhuhu,,,

rasa sekejap jer masa berlalu..tirai ramadhan dah nak berlabuh.
Ibadat??
 rasanya,,masih tidak terjamin berupaya meleraikan diri dari ancaman neraka
Iman??
  rasanya,,masih tidak sekuat mana
Ukhwah??
  rasanya,,masih belum tersemai utuh

teringat pesanan dari majalah SOLUSI:
"Andai ini ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya"

................
Saya juga tidak pasti mungkinkah ramadhan 2012 akan saya temui,,


"Ya Allah, Terimalah amalanku dan amalan seluruh umat Muhammad, berikanlah kami peluang merasai manisnya beribadah kepadaMu sepanjang tahun.."





Monday, August 22, 2011

Kemarau Huffaz; Cerpen


1 Jun 2011, Lebatnya hujan di daerah pergunungan Hulu Selangor bagaikan tidak mahu beralah. Sejak dari tadi Sang Suria cuba-cuba mempamerkan diri, namun dihalang dek liputan awan yang gelap pekat. Kedinginan alam menambahkan lagi rasa damai tenteram meyelusup ke kalbu huffaz yang asyik menikmati manisnya susun bicara surat cinta dari Yang Mencipta Cinta. Dengungan umpama lebah merupakan irama rutin bagi para penghafaz al-Quran al-Kareem di Komples Darul Quran. Mereka yang terpilih ditakdirkan mendaftarkan diri di sini amat bertuah lantaran prasarana dan metodologi pewarisan ilmu yang diperakui para cendiakawan al-Quran. Bahkan, Ulama’-ulama’ al-Azhar turut mencurah bakti di bumi barakah ini.

 Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…Dari tadi, Khaer masih berdengkur. Pasca solat zuhur, terus dimanjakan tubuhnya menikmati empuk tilam yang mengasyikkan. Tidur, tidur dan tidur. Sudah puas kawan sebiliknya, Syah menyuapkan nasihat, tetap sunnah daun keladi juga dipraktikkan

 ‘Waktu itu emas’, kata Orang-orang Melayu, mungkin asal usulnya pepatah ini lantaran perut bumi Melayu yang dilimpahi khazanah emas agaknya. Masyarakat Cina pula menyatakan; ‘masa adalah duit’, menzahirkan intuisi mereka memanfaatkan tiap saat dalam keuntungan.Tetapi, bagi bangsa Arab yang masyhur dengan kepahlawanan, ‘Masa adalah pedang, jika kamu tidak mencatasnya, maka ia akan memenggal kamu!’ Sungguh memanifestasikan keutamaan dan pentingnya menjaga waktu. Apatah lagi bagi seorang Huffaz al-Quran! Sayang sekali tatkala rakan-rakan yang lain sibuk mempersiapkan diri agar segera ‘muqarar’ khatam, Khaer, anak manja kelahiran Kuala Lumpur masih malayani mimpi-mimpi indah di kamar.

“Aaah, sedangkan SPM aku boleh dapat 8A, apa la sangat Quran ni..” jawab Khaer selamba.

Syah menahan sabar. Tambah-tambah lagi di bulan ramadhan , tidak elok bertegang leher. Selaku teman sebilik, malah sama-sama sekelas dengan Khaer, bukanlah sifat ihsan membiarkan sahabat seperjuangan tercicir dari kafilah kecemerlangan.

“Sudahlah, aku nak sambung tido!!”, selimut tebal bercorak abstrak ditarik deras, menyia-nyiakan nasihat yang terhambur.

4.45 PM. Jam menandakan waktu asar mula bertandang. Selayaknya umat Islam bersegera mengejar 27 bonus pahala dalam solat secara berjemaah. Aplikasi disiplin solat adalah adaptasi bagi sedalam mana prihatinnya seorang muslim mentaati tuhan.

“Allahuakbar Allahuakbar”
“Lailaahaillallah..”

Wajah bersih Syah disapu pelahan. Doa selepas azan yang dibaca disertakan sekali bersama permohonan agar Allah s.w.t yang mentadbir hati insan, membantu temannya, Khaer. Terdetik di hatinya, moga dirinya dan Khaer sama-sama bergandingan ke syurga, InsyaAllah.

Syah terus berusaha menggerakkan temannya dari lena. Payah. Bak kata Ustaz di sekolah lamanya, “ Kalau mata sudah dikencing setan, solat jadi keciciran”.

22 Ogos 2011

Kelas tasmi’ Ustaz Ilyas  masih belum tamat. Memandangkan masih ada siswa yang belum menamatkan muqarar bagi semester pertama, ustaz yang berumur 30an itu terpaksa bertegas. Jikalau tidak, boleh jadi ahli kelas tasmi’nya terpaksa mengulang kembali ujian di semester hadapan. Suatu mimpi ngeri bagi penuntut di Darul Quran. Lagi menakutkan sekiranya silibus hafazan tidak dikhatamkan lantas ditahan dari menduduki peperiksaan!

 Khaer kian capek. Lelah yang mendatang terpaksa diabaikan meskipun terasa bagai memanjat-manjat jasadnya yang kian kurang sihat. Hafazan perlu dihantar segera! Tidak boleh tidak ikhtiar pula perlu lebih-lebih lagi luarbiasa.

“Kalau dari awal lagi aku selalu menghafaz, tak la jadi macam ni.” Monolog Khaer insaf.

 Syah melihat sayu. Tiada apa yang bisa dibantu. Sudah puas lisan berbicara, telah cukup nasihat disyarah.

Terpaksalah Khaer menerima sama ada dengan redha atau tidak segala kemungkinan andai stok hafazan di kotak ingatan masih tidak memuaskan. Tinggal satu minggu sahaja lagi. Suatu tempoh yang amatlah singkat. Apatah lagi bagi menghafaz  25 mukasurat al-Quran yang masih berbaki. Sesal. Khaer merasai rugi yang amat sangat. Kalaulah waktu yang lepas boleh kembali.

 Tanpa disedari, air jernih halus mengalir kecil, menggenangi pelupuk mata yang terlihat penat.


Untaian Tulus


  Saya sedari darjat keteguhan jiwa ini, tidak sekuat sesetengah sahabat-sahabat yang lain. Cukup dimengerti bahawa banyak kekurangan selaku manusia biasa dalam menempuh wajah dunia yang rencam cabaran.

 Sekadar,,

Terus bertatih jari menarikan karya, bukan untuk mempamer malahan jauh sekali mendabik dada membanggakan kuantiti ilmu yang tidak seberapa.

Kepada sahabat-sahabat yang bersama saya sebelum ini, pasti cukup kenal siapalah sahaja ciptaan Allah yang kerdil ini.

Mungkin,,

Diri ini hanyalah ibarat pepasir halus yang tidak dipandang orang, atau sahaja umpama dedaunan kering yang tidak dipedulikan ke mana perginya.

Hanyalah kerana hati ini berat, andai mandat yang dipikulkan oleh para murabbi tidak dilaksanakan, juga gentar andai amanah yang ditaklifkan gagal dalam penghisaban..

Memetik untai kata daripada Syed Qutb:

“Mereka yang terkecuali daripada berjuang, umurnya amatlah pendek, mulanya dari ia dilahirkan dan tamat ketika ajal mendatang. Tetapi, bagi Jundi-jundi perjuangan, umur mereka amatlah panjang. Bermula sejak Adam a.s diciptakan, akhirnya tatkala Allah s.w.t mengkhatamkan alam!”

Perjuangan tiada pengecualian. kafilah Mujahidden akan terus mara, dan mereka yang lalai akan keciciran, moga saya tidak terlepas meskipun tidak seteguh pemuka jihad yang lain..