![]() |
| "Orang muda Geng kite". (Wey tgh ambil gambar ni) |
Dilema saya untuk mengisi cuti bulanan & hasrat ingin membunuh kebosanan terlerai. Sudah rezeki saya diaturkkan Allah. Ada hikmah kaki ini tiba-tiba ingin menziarahi jiran bilik; Adam Affiq. Setelah menguak pintu, saya dapati beberapa rakan saya sedang menstrategikan sesuatu. Memang sifat saya agak suka menyibuk, rasa ingin tahu meluap-meluap.
kehairanan melanda. Adam Affiq menjelaskan yang mereka ingin berkunjung ke Kedah bagi menyertai perhimpunan yang julung-julung kali diadakan. Anjuran PAS?? tanda tanya berteka-teki sekaligus mencetuskan intuisi. Seterusnya, saya menawarkan diri untuk turut menyertai. Alhamdulillah, memang rezeki saya, cuti kali ini bakal meruak pengalaman baru!saya terjaga & teringat ntuk mengisi borang keluar-masuk on9. Kalaulah saya terlupa, alamat hambarlah cuti kali ini. Selesai jari meng'klik', mata kembali terpejam. ZzZzZZzZzZzZzzzz
![]() |
| Zahidi |
Van besar kaler putih mengakhiri penantian kami. Ngantuk & letih dilimpiaskan semahu-mahunya. Tetapi, saya kasihankan kawan saya Zahidi, terpaksa sabar duduk di antara 2 kerusi, urat betisnya boleh putus kot kalau berterusan sebegitu. Apa boleh buat, jumlah kami seramai 13 orang dalam sebuah van bajet. Allah..
"Tak pe, walau kita sekejap je kat sana, yang penting kita ada memberi sumbangan terhadap Islam. InsyaAllah..moga Allah menerimanya."
Bazar dan ketayap putih menghidupkan perkarangan stadium. Meriah sekali! Komanden kami, Ghulbuddin Hekmatyar, mengingatkan kami semua untuk terus menuju ke dalam stadium. Barangkali bimbang stadium akan penuh. Terkaannya benar. Panaroma manusia berpakaian hijau sarat membanjiri stadium! Agak sukar untuk memasuki stadium kerana terlalu ramai penyokong PAS yang bersemangat jitu ingin memenuhi dataran perhimpunan ini. Walaupun padang berlecak, energi tarbiyah mengatasi segala-galanya. Inilah kali pertama saya menghadiri perhimpunan PAS. Ramai sekali ahlinya. Sekaligus mereformasikan tanggapan & spektikal saya terhadap Haraki Islam ini.Jabatan Siasatan Jenayah Datuk FauziShaari, Pengerusi Kerabat Leftenan Kolonel (B) Nazari, penyanyi Aishah.termasuk deklamasi khas puisi sasterawan negara Datuk A Samad
Said”. Di akhir himpunan, Setiausaha Agung PAS Datuk MustafaAlimengetuai acara membaca ikrardankemudiannya diikuti ucapan TimbalanPresiden dan Presiden serta amanat akhir Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka menyenandungkan luahan hasrat & ucap keramat.
Saat yang paling menggetarkan kalbu saya adalah ketika membacakan bai'ah. Saya terasa dikaderkan sebagai pendukung perjuangan Islam, turut harus berjuang sedaya-upaya. Yang pasti, Doa bersama-sama Tuan Guru Nik Aziz melengkapkan pengalaman baru saya. Alhamdulillah..
![]() |
| Masjid, tempat kami iktikaf. |




No comments:
Post a Comment