Thursday, June 21, 2012

Sebilah sayap isteri


Status yang dipaparkan ini adalah antara sekian banyak 'post pinky', luahan fitrah mahu menikah. Tetapi, kawan saya; Azam al-Kankari mengolahnya lebih tegas. Risiko bagi seorang muslim haraki, sama ada bernasib baik bernikah dengan insan yang rela 'dimadukan' masanya dengan perjuangan, ataupun terpaksa tabah dengan karenah pasangan yang tidak memahami keperluan beban pengorbanan sebagai da'ie. Realiti kita, ada yang lebih progresif selepas dikurniakan seorang 'sayap kiri', namun tidak sedikit yang futur lalu sejuk tidak bersuara lagi. Mungkin si 'sayap kiri' itu enggan ke destinasi yang sama dengan imamnya. Sudah tentu bukan mudah untuk seseorang itu untuk bertekad mewakafkan seluruh dirinya untuk Islam, 'Amanah Saham Wakaf' yang ini tak nampak pulangannya di dunia, maka ramai juga yang blur dan berasa ianya sia-sia. Malah, kemungkinan menghadapi tohmahan seperti dituduh radikal, jumud dan membuang masa perlu rela ditelan.

Seorang isteri mempunyai peranan yang besar dalam hidup suaminya.

Dia mampu menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & penghilang lelah dalam hari-hari seorang pejuang. Tetapi, dia juga berupaya menjadi penghilang roh dakwah, penghalang gerak kerja & beban besar bagi seorang suami yang berfikrah haraki. Dia boleh jadi madu, mungkin juga racun. Dia boleh mempertingkatkan prestasi kita, mungkin juga berupaya menatijahkan pencapaian tarbiyah kita merundum.

Kepada umat muslimat, moga-moga anda menyedari hakikat ini. Kewujudan anda di dunia fana' ini bertujuan melengkapi keperluan seorang suami. Walau siapapun jodoh anda, moga anda mempersiapkan diri dengan fikrah harakah Islamiah dan sahsiah seorang mujahidah. Moga-moga jika anda ber'title' isteri nanti, anda tak menjadi penghalang kemaraan suami anda dalam perjuangan, kerana ia ibarat menahan insan yang anda sayang dari menaiki tangga ke syurga!

No comments:

Post a Comment