menuduhmu dangkal
beramal Islam di dunia global
menuduhmu riya'
hanya kerana gigihmu
contohi sunnah nabawi
dengan gamis & sugi
berselikan "Salam 'alaikum"
hadiahmu buat saudara yang disapa
menjauhi hadirmu
tuduhnya fikrahmu tolol
hanya kerana cinta itu
meresapi ubun-ubun
menenggelamkanmu
dalam sebutan asma'Nya.
lincah telunjuk menuding fitnah
ucung mulut menjuih hodoh
melimpah tingkah dari hatinya
petanda busuk & bernanah
sedang sekadar ia bicara manusia?
Gustur Tuhan berjanji buatmu
Syurga dunia dan di sana
Teman,
Kalam Tuhan berkata-kata,
mengingatkanmu tentang cintaNya,
yang dicintai akan diuji
Kerana temanku,
cinta menuntut bukti..
Namun engkau sahabat,
ada Allah sebagai saksi,
Rasul sebagai panji..
jangan futur lagi!
No comments:
Post a Comment