Sunday, June 17, 2012

Kampus; tidak setakat kuliah

"Jangan jadi mahasiswa yang hanya tahu 3-K! Kuliah, kafe & katil!".

seisi Auditorium terpegun. Ada juga yang ketawa kecil.

Di sudut hati, ceramah pada malam itu membakar semangat kami untuk cakna berkenaan isu semasa dan perkembangan global.

Ustaz Ridhuan Mohd Noor, beliau memang lantang dalam memukul audien dengan hujjah dan cetusan semangat. 'Kebangkitan mahasiswa', satu energi yang sekian lama menaungi reformasi dan siri-siri islah di setiap belahan dunia. Mesir dengan Hasan al-Banna manakala Iran dengan Ahmadinejad. Bermula dari title mahasiswa, peluang dimanipulasi penuh strategis bagi menyempurnakan perjuangan. "Perjalanan beribu batu bermula dari sebuah langkah", sepotong bicara pujangga cuba saya fahami.




'Hari berganti hari,
Umur berlalu deras'

Kini, saya bulan lagi pelajar sekolah, mengulangi rutin silibus sementara menanti dering loceng 2 p.m berbunyi. Umur yang menjangkau 20-an telah menggesa pemiliknya ini supaya lebih matang. Gelaran mahasiswa pula bagaikan pengikat jiwa ini dalam arus kebangkitan. Saya masih belajar. Masih cuba menghadam hakikat kekuatan ummah, masih cuba menghayati roh tarbiyah serta masih mencari momentum utama di dalam dada.

Hasnan semasa pengenalan kelab mesra maktabah
"Banyakkan membaca dan ambil tahu isu semasa", Hasnan mengingatkan. Dia yang juga pengerusi Kelab Mesra Maktabah (baru ditubuhkan) menitipkan pesanan ini supaya seorang pejuang turut dilengkapi ilmu & hikmah dalam berhujjah. Perkara yang sama juga pernah diperingatkan oleh abang Naqib saya; abang Che Faidzul dan akhi Hafizi dalam liqa' usrah semasa semestar 1 dan 2 (nama usrah: Genius)

kanan-Abang Che Faizul
Pada awal perkelanaan di bumi barakah Darul Quran ini, sering juga tertanya-tanya bagaimanalah agaknya kami dapat mengetahui perkembangan dunia luar sedangkan nak outing pun hanya seminggu sekali. Setelah memerhati dan berbual dengan senior, barulah saya tahu, wujud sebenarnya alternatif untuk kita sentiasa cakna isu semasa.

Patutlah malam-malam di kafe ni agak penuh, diorang wifi rupanya..




Selain akhbar yang disediakan di perpuastakaan, line internet turut dimanfaatkan di sini. Wah! kalau macam ni, hatta di mana saja sekalipun, perkembangan global & glokal boleh diketahui tanpa sempadan :-)

Seperkara lagi, bagi sesiapa yang memiliki henset berenjin Android, jangan lupa men'download' apps yang dapat memudahkan tugas anda melayari perubahan dunia. Thaqafah itu penting, tetapi jangan lupa, hal ehwal dunia luar wajib kita analisa agar apabila bergelar lepasan siswa/siswazah, kita tidaklah terkocoh-kocoh ketika cuba memahami realiti masyarakat sekarang! Memperkenalkan Islam kepada ummah, tidak cukup hanya berbekalkan ilmu, sesungguhnya skil & persediaan adalah suatu tuntunan penting di zaman kita. Seorang Da'ie, sepatutnya diasah dengan thaqafah dan dimatangkan melalui muhasabah. Muhasabah tentang nasib umat hari ni. Fikir risau serta doa dan harap.


No comments:

Post a Comment