Thursday, June 21, 2012

Senyumlah kawanku, dirimu Da'ie

Syukri, seorang atlet+Dai'e
Duhai Da'ie, senyumlah..

Sekadar ingatan untuk diriku dan
teman-teman dalam perjalanan menyempurnakan gerak kerja. Tak cukup rehat, tidur lewat, kerja bertindan dan bermacam-macam mehnah semestinya dihadapi. Ia akan mematangkan kita, memahirkan skil dan potensi diri kita. Ia juga sebagai pengalaman bermakna supaya andai kita berada di atas, kita mengerti bagaimana kepayahan orang di bawah. Juga agar kita faham keadaan mereka yang sedang berjinak-jinak mewakafkan diri demi Islam, supaya kita tahu bagaimana nanti memberi tunjuk ajar yang sesuai.

Benar sahabat, kita sedang belajar memperbaiki gerak kerja, semua perkara perlukan masa.

Muka yang lesu dan kusam senyuman menandakan dirimu letih. Tetapi, sedarkah kamu tentang hal dakwah fardhiah melalui roman wajah yang manis dan senyuman yang mesra. Bimbang sekali sekiranya kita hanya menyiapkan dakwah external bermedium kertas dan mikrofon, namun lupa dengan sentuhan magis dalam dakwah yang paling berkuasa, senyuman ikhlas seorang da'ie.

Diriku tidak sehebat kamu.
Cuma diriku tidak mahu kamu tertinggal elemen penting dalam perjuangan kita; dakwah akhlak. Diriku mahukan kamu terus tuntas mengharungi cabaran dan ketahuilah bahawa tiada yang lebih bermakna bagi seorang kawan melainkan melihat kawan karibnya berjaya, InsyaAllah.

Moga muka tak stress lagi, Ma'akAllah~

:-)

Teringat masa sem 1 dulu, hepi je sentiasa..

No comments:

Post a Comment