Thursday, June 21, 2012

Sesegar renungan jujur


Sedalam mana sekalipun fitrah kasih pada seseorang, ia tidak boleh melanggar hak-hak Allah. Seorang muslim adalah manusia yang wajib mengakui ada hikmah di sebalik setiap hukum syarak. Islam menempatkan cinta di makam yang tinggi dan enggan ia dicemarkan dengan sebarang nista.

Firman Allah SWT : “Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.“ (Al-Israa’: 32) 
“Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)
Nabi SAW menyatakan, "Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH," (HR. Ibn Majah, al-Hakim)

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
  • Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
  • Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
  • Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
  • Menundukkan pandangan.
  • Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
  • Tidak mengamati perempuan atau lelaki sehingga menaikkan syahwat.
  • Memelihara aurat dan kehormatan masing-masing.
  • Berkata yang ma’ruf dan sopan serta serius dalam percakapan.
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
  • Menjaga pergerakan.
  • Mempercepatkan urusan

+Ada insan (moga dia dirahmati) yang mengingatkan saya:
1. Utk call; Hanya pkara pnting yg x boleh djelaskan mlalui tulisan.
2. Utk call; Minta izin & ada mana2 sahabat di sisi di dua2 belah pihak.
3. Waktu x dbenarkan utk call & msg: sblum 6.45 pg, 1-2 ptg, 4-5.15ptg, 7-9.15 mlm, & slpas 11.30mlm.
Sama2 mnjaga hati masing2 dlm menuju redhaNya.
Dia Maha Tahu apa yg tersimpan dihati.



*************************


dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi,

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25 iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h



*******************

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan
urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita
bentangkan depan Allah SWT, kita yakin
kita mampu jawab dan berhujah depan
Allah bahawa ia adalah urusan, maka
itulah yang dinamakan urusan. Jika hati
masih berasa was-was samada ia suatu
urusan atau tidak, maka berawaslah.
(Fatimah Syarha)


Sabda Rasulullah SAW,
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a.
daripada Nabi SAW baginda
bersabda: "Kebajikan itu ialah
keelokan budi pekerti dan dosa itu
ialah apa yang tergetar dalam dirimu
dan engkau benci orang lain
mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a.
beliau berkata: Aku telah menemui
Rasulullah SAW lalu. Baginda
bersabda: Engkau datang mahu bertanya
tentang kebajikan? Aku berkata: Ya.
Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari
hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara
yang diri dan hati merasa tenang tenteram
terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu
perkara yang tergetar dalam dirimu dan
teragak-agak di hati, sekalipun ada orang
yang memberikan fatwa kepadamu dan
mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan
al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Walau sekuat dan sederas masa sekalipun degupan jantung kala teringat insan yang dikasihi. Hati yang diamanahkan tuhan hendaklah dipelihara supaya dalam meniti pesona perasaan, jiwa sentiasa dibimbing oleh Allah. Moga segalanya dipermudahkan, kerana kita berharga di sisiNya..

~Tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta selepas berjabat serta melafazkan "Aku terima nikahnya"~

No comments:

Post a Comment