Wednesday, September 15, 2010

Nak buka tudung? bukalah..



 Hati ini panas setiap hari ketika terpaksa dikotori oleh pandangan yang dihidangkan tanpa diinginkan. Semakin ramai perempuan yang berpakaian tetapi sukar diklasifikasikan sebagai benar-benar berpakain.

 Kadangkala saya merasa kehairanan melihat tingkah laku perempuan-perempuan hari ini yang tidak selayaknya disarungkan di tubuh. Mungkin bukan satu isu bagi golongan yang mempertuhankan syahwat dan liberalisme, tetapi bagi saya yang meyakini kesahihan islamisme, hak asasi Allah bagi ditaati telah tercabar.

 Bersyukurlah bagi para solehah yang telah ditarbiyyah dengan rapi serta diselesakan dengan busana muslimah yang diredhai Allah. Moga kalian bisa istiqamah. Tetapi apabila sang solehah ini keluar daripada lingkungan tarbiyyah Islamiyyah, menuju kealam IPTA/IPTS atau ke alam pekerjaan, jati dirinya mula teruji. Apa yang dianggap sebagai kebanggan awalnya mungkin dianggap kolot, tak up to date, macam mak orang, jumud dan macam-macam lago tohmahan aneh dari hati yang dikelabui duniawi. Manakala fesyen yang dahulunya dilihat menjengkelkan mula dirasakan menarik dan `market` habis.

 Jika seorang solehah berubah prinsipnya adalah bagi mendapatkan perhatian kaum lelaki, maka seharusnya mata hati menyedari lelaki yang bagaimana pendirian personalitinya akan tertarik. Jujurlah.


 Fesyen seorang muslimah sejati telah diwahyukan oleh Allah kepada seorang lelaki yang pertama dalam zamannya yang memuliakan kaum perempuan semasa insan lain sentiasa menghinakan, lelaki yang paling mendahulukan kaum perempuan pada tempatnya, lelaki yang paling baik dalam melayani kaum perempuan serta yang paling memahami psikologi, keinginan dan kata hati kaum Hawa. Dialah Rasulullah s.a.w, lelaki yang paling pelindung anda.


 Saya merasa terkilan apabila perempuan-perempuan hari ini lebih rela menuruti fesyen-fesyen yang direkabentuk oleh lelaki-lelaki fasiq. Sedarilah bahawa inilah konspirasi kuffar dalam menghapuskan malu kaum muslimah, memusnahkan identiti,ideologi serta kehormatan kaum muslimah seluruhnya. Propaganda yahudi dan kristian telah menusuk ke atmosfera mentaliti kita. Berjaga-jaga!


 Kecantikan hakiki adalah kecantikan dalaman. Orang kafir sememangnya tidak memahaminya. Lihatlah; Britney Spears, Paris Hilton dan ramai lagi awek-awek cun barat yang terumbang-ambing dalam mencari erti kecantikan hakiki. Kecantikan luaran diagung-agungkan, namun kecantikan dalaman tidak ditinggikan. HIPOKRIT..


 Alangkah sedihnya kaum muslimah andai memilih gaya hidup orang kafir setelah Allah menunjukkan gaya hidup yang bakal membawa ke syurga yang sarat cinta sejati. Cinta Ilahi.


 Khatimahnya, saya menyeru kepada para solehah agar genggamlah kehormatan yang diamanatkan bagai menggenggam bara api. Pada awalnya terasa panas sekali, tetapi, apabila panasnya padam lantaran teguh menggenggamya, maka moga syurgalah yang digenggam.


 Apabila ada orang mengatakan:
"ala, poyo la kau ni, macam bagus jer"
"takpe, biar luar pakai biasa-biasa, asal hati baik"
Wahai muslimah, berwaspadalah, mungkin inilah bicara orang munafiq..orang yang hipokrit dengan tuhannya.


Renungilah;
Akal melihat wanita cantik kerana kebijaksanaan,
Mata melihat wanita cantik kerana kejelitaan
manakala
hati dan iman
melihat wanita cantik kerana ketakwaan.

HasbiAllah
Cukuplah Allah bagiku.

2 comments:

  1. habis awk..ite jns y ske pkai selendang...
    bole kn??
    xde la..
    just worry la ade org ckp sseorg uh,,
    pkai tdg sbb xde duet nk wt rmbt.
    xde duet nk bli tdg mhl..
    tu y save budject bli selendg..
    tp bkn tu depend kat cmne dy pkai ke??
    i meant dy pny dade nmpk x..n dy pny baju..
    lg 1,,
    ap hkum sseor uh..pkai slendg,,
    tp nmpk rmbt sbb x pkai full skarf..

    ReplyDelete
  2. seseorang muslimah tidak sewajarnya kurang mengambil berat aspek aurat. Kerana, ianya adalah lambang kemuliaan dan kehormatan istimewa yang dikurniakan oleh Allah.

    x rasa rugi ke??
    Bukankah rambut itu aurat?
    Batasan aurat diwujudkan agar seseorang wanita itu tidak menjadi objek seksual (maafkan saya) yang diperhati oleh lelaki2 yang berpenyakit syahwat di hatinya (tapi x semua lelaki..kebanyakan), semoga dengan itu, kehormatannya lebih terjaga. InsyaAllah.

    kaedahnya mudah jer. Jikalau ianya adalah bahagian yg mendatangkan syahwat kepada yang bukan muhrim, maka ia sebaiknya diliputi dengan benteng beristilahkan aurat.

    Yang untung apabila aurat terjaga adalah muslimah itu sendiri.

    hendset mahal2 bleh beli..
    tapi tudung bagi 'membeli syurga'..x kan xleh beli kan..

    Moga Allah s.w.t memberikan anda, saya dan umat islam seluruhnya hidayah dan taufiq yang berterusan dalam menghadapi akhir zaman yang sarat fitnah..Amiiin...

    ReplyDelete