Wednesday, July 25, 2012

Melangkah lagi


Terasa segan yang amat apabila membandingkan diri ini dengan teman-teman lain yang maju ke hadapan. Aktif berpersatuan, Lantang berpidato, Hebat berkepimpinan dan yang paling penting lancar menghantar hafazan. Ramai yang lebih dilanda kesibukan berbanding saya, namun tetapi stabil dengan al-Quran.

Semestar baru. Tahun ke-2. Tiada janji bermanja, tiada harapan banyak bersenang-lenang. Gaya hidup zon selesa meninggalkan kami dan mengalu-alukan raksasa kesibukan. Di dimensi masa yang baru ini, hanya Allah tempat mengadu, ada Dia di rintihan doa meluahkan lelah.

Saya perlu membiasakan diri. Wajib. Berpersatuan bukan alasan kecundang. Harus sedar. Segala-galanya bersandar kepada bagaimana menguruskan masa, diri & keutamaan. Semakin banyak amanah digalas, semestinya mendidik saya tentang makna kematangan.

Teringat kepada pesanan guru Tasmi',          
Ustaz Thoriq: "Awak kena pandai urus masa Quran dengan persatuan. Jangan pulak lepas ni tinggal berpersatuan. Tapi kena bahagikan masa antara Quran & Persatuan."

Impian saya sejak di sekolah lagi, ingin menyelami pengalaman sebagai aktivis kampus semakin menampakkan peluang. Impian ingin menikmati kalamullah di dalam dada pula, menuntut suatu mujahadah. InsyaAllah, moga Dia mempermudahkan segalanya.
Syafiq, Tasmikmate yang membuatkan saya jeles. 

No comments:

Post a Comment