Menyayangi tak semestinya bererti memiliki. Cukuplah, melihat si dia
bahagia & dinaungi redha Allah. Antara sayang manusia dengan sayang Tuhan,
hadiahkanlah kepadanya yang lebih bernilai. Berikan makna pada cinta.

Duhai hati, sedarilah hakikat kejadianmu. Kita hanyalah
makhluk yang diciptakan menjadi Hamba-Nya. Sabar yang dikau genggam,
menyinarkan roh taqqarrub pada Allah..lambang dirimu bertuhan.
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
- Sabar bukan bererti menyerah
tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa
hasil.
- Sabar adalah taman kesejukan di
antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
- Sabar adalah timbulnya
keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
- Dengan sabar, hati begitu
optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus
seorang hamba.
Jika menjaga & meyakini hasrat tidak memusuhi syariat
ilahi, peliharalah ia di taman tawakkal. Serahkan segalanya kepada Yang
Menciptakan. Sucikan setiap harapan di lembayung doa. Gantungkan impian bersama
lantunan Istikharah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Bukan bererti dirimu hina
saat bersandar pada-Nya, tapi ia lambing kekuatan..menyerahkan relung hati
untuk disimpan kemas oleh ilahi.
Paling kuat tali hubungan
keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Ath-Thabrani)
Seorang Mukmin/Mukminah dilukiskan dalam Kalamullah sebagai
insan pemberani. Berani berharap pada yang ghaib. Yakin tulus bahawa yang
terbaik ditentukan Allah, tertulis teguh di Lauh Mahfuz. Dia maha tahu apa yang
terbaik, lebih memaknai setiap yang berbunga di hati. Sabar, hingga tiba
waktunya. Biarkanlah segalanya demi Allah, kerana sekuat mana kita ‘menjaga’,
di situlah terletak perhatian Allah pada ikhlas sekeping hati.
“Enggan hati memberi
harapan, bimbang angan-angan melangkaui ketentuan Tuhan. Kerana kudrat manusia,
tidak hingga mencorak taqdir. Kita hanya berjalan di sebuah kehidupan milik
Tuhan.”
No comments:
Post a Comment