Tahun ke-2 di kampus
memanusiawikan saya. Pengalaman dikoleksikan, menjadi guru yang tegas bermisai
lentik.
Jawatan.
Entiti yang agak saya rasakan
berat untuk menyarungkannya. Memikul amanah yang bakal dipersoal. Membebankan
diri dengan gerak kerja yang akan
mengambil alih ruang-ruang masa. Ia juga bererti, berkuranglah kesempatan berpesta
sakan di asrama..hehe..
Namun..
Bicara ikhlas seorang
pimpinan kampus, menyeruak mentaliti saya.
“Jangan rasa seronok pegang jawatan, tapi biarlah seronok rasa dapat MENYUMBANG.”
Duh, ia menghentam bagai
meteor. Meninggalkan bekas kesedaran.
Sepotong bicara hikmah
menambahkan lagi persolan untuk dimuhasabah;
“Kita telah menzalimi
kawan sendiri. Kita membiarkan dia dibebankan dengan pelbagai jawatan. Kita tak
membantu dia, kita tak menawarkan diri untuk membantu. Di mana letak nilai
persahabatan??”
Hmm..saya sekadar manusia kerdil yang sedang
mencari erti sebuah kehidupan.
Perkara baru lagi untuk
dipelajari. Perlu segera untuk dihadam. Tanpa pengalaman aktif di sekolah
dulu..saya perlu bermula dengan bertatih. Belajar membiasakan diri dengan rutin
berjawatan. Belajar menguruskan masa. Belajar memanfaatkan diri. Belajar makna
menyumbang.
Ya. Seorang mahasiswa, perlu
sedia bergelar aktivis. Jutaan skil bakal ditekuni, bermacam cabaran bakal
diterokai. Jika dari sekarang tidak dilatih mencurahkan bakti, bagaimana pula
apabila bukan lagi berada di kelompak ilmuwan & pejuang. Semestinya
perasaan nak memanjakan diri lebih membuncit.
Hmm..mindset perlu
dirombak. Bahkan, memang sepatutnya ia diupgrade selalu sebagai mahar sebuah
kematangan.
![]() |
Sdg belajar contohi my Naqib yang dah grade ni, Abang Che Faizul. |
salam ziarah :)
ReplyDeleteWelcome to the club :-)
ReplyDelete