Zaman sudah berubah. Minda masyarakat kita tidak mudah
dikotakkan dengan satu hala cerita semata-mata. Sumber maklumat tidak mudah
ditutup dengan coretan comot kisah-kisah tengik.
Generasi-Y, pelapis perjuangan mendatang.
Kami generasi Facebook,
Blogger, Whatsapps, Twitter…
Kami Peminat makalah
Jundi Resources, PTS, Telaga Biru, Harakah…
Kami peminat Ustaz Azhar Idrus, pendakwah mesra belia..
Jika khabar disekat dek birokrasi dan konspirasi,
kebenaran sentiasa selamat meloloskan diri di gerbang teknologi. Maklumat tanpa
sempadan.
Sebagai anak berketurunan FELDA yang sudah menyedari isu
sebenar, saya sudah muak dengan kerenah BN.
Semasa Si kaler biru havoc
sekali dengan konsert K-Pop berpengisiankan hiburan separuh telanjang, Jemaah
Hijau berpesta dengan Kuliah Ilmuwan Islam & Lontaran taujihat. Sudah-sudahlahlah,
usah disogok sahabat seusia saya dengan rangsangan nafsu & material. Ini
bukan zaman materealisme. Bahkan, zaman empire
Islam semakin menghampiri dan mengubah dunia. Saat kejatuhan Liberalis terlihat
jelas. Mentaliti nasionalisme sempit tidak lagi mudah mendapat tempat.
Generasi pengkaji mereformasikan negaraku, Malaysia.
Tanah tumpah darah yang saya sayangi ini, kian menyantuni gelombang perubahan.
Sebuah pembaharuan untuk esok yang lebih cerah. Mencarik gebar kegelapan bagi
menerangi pelusuk mandala. Biarlah inci-inci bumi ini ditadbir insan yang
berfikrah Islami. Agar arah tuju lebih jelas. Haluan masa depan Khilafah akan
lebih praktikal dengan proxy perjuangan yang matlamatnya terang tanpa keraguan.
Sebuah pemerintahan Islam yang berkebajikan. Inilah impian saya. Inilah impian
anak muda yang impikan Malaysia yang lebih harmonis. Bergemakan visi
mendaulatkan Islam, tanpa korupsi melata menghisap darah rakyat. Malaysia yang
lebih baik!
Duhai sahabat seusiaku, marilah mengkaji & mengaji!
Kemudian, bertasbih takbirlah bersama Islam!
i support u :)
ReplyDeletethanks
ReplyDelete