| Rindu RedhaNya |
"Hapuskan dalam hatimu selain dari yang dicintai (Allah)" [al-Syibli]
Sunday, May 19, 2013
Doakanlah saya dapat menjadi seorang penulis; sang pelukis kalam yang mampu menyentuh hati dengan warna-warni karyanya. InsyaAllah, biiznillah. La hawla wala quwwata illa billah. Segala kekuatan, mutlak milik-Nya.
Saya baru sahaja mula bertatih.membuka suatu perenggan dalam karangan kehidupan. Baru sahaja berjinak-jinak dengan alam estetika sastera dan seni ekspresi. Bidang penulisan yang mengagumkan telahpun menggoda saya sehinnga menitiskan air liur basi. Ops..
Terima kasih buat semua insan yang mencetuskan inspirasi agar saya terus tergoda.
Syukri Sapuan (Abang saya)
Raehan Intitsar (Pelajar DQ)
Hilal Asyraff
Ummu Hani
Inche Gabbana
serta Pak Cik Facebook dan Mak Cik Twitter
Penulisan yang mereka pamerkan merangsang imaginasi dan intuisi saya untuk berkarya. Berani berekspresi. Tidak malu meluahkan ilham dan emosi. Tanpa rangsangan, entahlah..mungkin sampai bila-bila pun saya takkan berani.
Skop penulisan saya; dakwah & zikrullah.
Dakwah memujuk manusia mengakrabi kebenaran Islam dan keagungan Allah azza wajalla.
Zikrullah membelai manusia menikmati keredupan Islam dan kesucian Allah Azza wajalla.
Saya baru bermula. Akhlak & amal saya juga tidak seberapa. Cuma saya sedar, 10 jilid kitab bermula dengan satu ayat pendek bismillahirrahmanirrahim, sebuah singgahsana bermula dengan sebiji batu bata manakala perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah kecil. Keberanian. Keyakinan. Tawakkal. Untuk berjaya, harus berani bermula.
Saya perlu terus menulis. Supaya sisi imaginasi yang saya miliki tidak pula disalahguna ke arah 'daerah hitam'. Sepertimana nafsu itu relatif. Jika ia terdidik, ia jadi punca bahagia rumahtangga. Begitu juga potensi imaginasi. Jika terdidik, ia jadi bah yang merubah hemegoni dakwah.
Impian saya, moga coretan yang biasa-biasa ini dapat menjadi amal soleh yang dipandang Allah. Moga ia bisa menyapa walau hanya sekeping hati untuk mengenali Rabbi. Moga ia boleh menjadi gelombang pahala yang tidak henti-henti. Moga ia juga dapat mengingatkan saya sentiasa, bahawa saya punya cita-cita, punya impian besar, moga impian ini menghantarkan saya kepada impian saya yang terulung; Redha Allah Azza wajalla.
"Menulis bukan untuk glamer, bukan nak follower ramai, bukan untuk nampak gah hebat. Saya tidak mahu amalan saya terbakar.
Biarlah, semua penulisan ini demi redha Allah. Biarpun mungkin cuma Raqib & Atid yang membacanya, tak mengapa. Asalkan amalan menyentuh hati insan ini akan menarik pula rahmat Allah agar menyelimuti hati saya."
Monday, October 22, 2012
Huluran cahaya
Hidup ini adalah suatu perjalanan musafir yang jauh. Anggaplah alam kampus sebagai R&R yang memulihkan kembali ruhiyyah serta membekalkan fikrah yang teguh untuk berdepan cabaran mendatang. Apabila cuti menjelang, setiap mahasiswa akan berdepan realiti sebenar. Cabaran sebenar. Godaan sebenar. Di sini iman diuji. Di sini semua teori menuntut praktikal, ilmu memperlihat amalan.
Cuti, bukan tempoh untuk melempiaskan nafsu yang selama ini ditahan. Bukan waktu untuk membebaskan diri dari bi'ah solehah (suasanan islamik), bahkan ianya adalah potensi untuk menyebarluaskan dakwah buat ummah.
wake up la wei! |
Terdampar di tengah-tengah zon cuti, saya tercampak ke dunia penuh selesa.
2 Minggu cuti berbaki, sudah terbit rindu pada tarbiyah, dakwah & ukhwah di Kampus. 100% correct apa yang Rasulullah sabdakan bahawa majlis ilmu adalah antara taman-taman syurga. Ya, saya rindukan haruman wacana ilmiah dan aroma usrah yang menebar di Darul Quran.
Saya kekosongan. kontang spiritual. Rindu pada aroma tarbawi.
Saya butuhkan inspirasi.
Dan ia, sejalur cahaya itu hadir dari insan biasa-biasa yang luarbiasa di mata saya lantaran secebis prihatin.
Pak Cik Bariman: Salah seorang Imam di Surau berdekatan (Surau Muttaqin). Aktivis HALUAN dan pernah beraktivisme di Palestin melalui misi kemanusiaan. "Teruskan belajar, kuatkan semangat, kita perlukan Hafiz"
Haji Ismail: Seorang jemaah Tabligh yang sentiasa akrab dengan mushaf al-Quran usai solat Zuhur dan Asar. Dia menginspirasikan saya melalui kekuatan ibadahnya yang menimbulkan insaf. "Biasalah..orang muda. Memang diuji. Ingat sentiasa, dunia ni sekejap je. Akhirat selama-lamanya. Orang muda macam awak ni, kalau taat..lagi Allah suka."
Ustaz Anam |
Hati ini tersentuh...
Aku ingin kembali fitrah. Hidup di kelilingi suasana dunia, perlahan-lahan jahiliyyah meresapi hati. Ya Tuhan, aku ingin kembali ke landasan perjuangan...
Langkah kembali disusun, dari puing-puing kelalaian...
Jerebu
Dia terbatuk-batuk. Asap memenuhi ruang. Tekak terasa perit.
"Cis..macam mana nak makan macamni".
Mirip kebakaran, asap berkepul-kepul. Mujur tiada yang terkorban. Tiada yang mampus diserang sesak nafas. Cuma bersahut-sahutan 'penunggu makanan' terbatuk & terbersin.
"Kita yang kat luar ni pun asyik terbersin jer. Rasanya bulu hidung tukang masak dia macam unta punya kot. Tebal dan selamat dari digigit asap".
"Lain kali kalau makan kat kafe ni, aku nak pakai topeng muka, yang banat pula digalakkan berpurdah. Safety first. Elak barah bersin dan batuk berlendir", getusnya dalam hati sambil mengelak terjunan butir nasi dari seorang rakannya yang terbersin kuat.
Inilah sketsa biasa buat yang nak hilangkan lapar di Kafe DQ sambil menguji kesabaran.
"Cis!", ujarnya sekali lagi
Thursday, October 18, 2012
Monolog seorang sepi
Dia di bilik itu, duduk keseorangan. Seperti biasa. Senyap, sunyi. Sesekali terdengar sayup-sayup sahutan suara dari kem bina negara berhampiran, merawat kesunyian. Beginilah asrama di blok X, tidak bising dan agak hening. Tidak semeriah di asrama Y. Ramai kawan-kawannya berada di blok sebelah sana. Barangkali, kerana majoriti di sini mengambil Ijazah, ramai yang bersantai di luar kampus seusai waktu kuliah. Kalau di asrama Y, kebanyakannya masih di peringkat diploma, asramalah tempat mereka berpesta sakan dan menyanyi-nyanyi menghiburkan hati. Di kampus ini, siswa-siswi diploma diharamkan menjejak kaki ke luar kampus jika tiada keizinan dari pihak HEP. Semua aktiviti di dalam kampus saja. Cerewet.
"Ukhwah??"...hmmm". Seberkas keluh terhembus. Dia merenung kosong. Air mata bergenangan. Sunyi, itulah sahaja temannya.
Dia masih ingat, kemesraannya dengan kawan-kawan sefakulti ketika mereka tinggal di bilik dekat-dekat. Tak perlu berjalan jauh kalau nak ziarah. Ketika mula-mula mendaftar di kampus ini, ramai yang berasa payah untuk membiasakan diri dengan silibus yang lebih mencabar. Namun, beban dirasakan ringan dengan ikatan persaudaraan yang acapkali menjadi muara ketenangan. Kisah suka duka dikongsi bersama. Sama-sama ketawa, sama-sama bersorak, sama-sama menempuh sebuah dunia baru. Masih kuat di ingatan bagaimana mereka menghadapi program orientasi ketika minggu suai kenal. Dimarah, dijerkah, ditekan, semuanya didepani bersama. Apabila jatuh, bingkas bangkit bersama huluran tangan membantu.
Dia rindukan ukhwah itu.
"Ukhwah ni, pada suasana je ke? Bila geng kita menang, ukhwah kuat. Bila geng kita kalah, lemah, lantaklah engkau. Ni je ke nilaian ukhwah".
Kini, dia sedari perubahan itu. Ya, dunia ini berubah. Ikatan ini pasti diuji. Dia juga diuji. Kalau dulu, biliknya hampir dengan mereka. Sebelah-menyebelah. Seringkali dia diziarahi dan mudah baginya menziarahi kawan-kawan lain. Sapaan serta bertanya khabar ialah halwa telinga yang sering berdendangan, sekaligus mengeratkan rasa muhibbah. Keakraban terasa di pelusuk dada, menyenangkan hati menenangkan jiwa.
"Sem baru ni, aku pindah blok lain. Bukanlah jauh sangat pun. Berapa ramai yang sanggup ziarah. Datang, jumpa, jenguk aku. Aku sanggup, kerana ukhwah pergi ziarah diorang di blok asrama Y sana. Tapi diorang, berapa ramai yang sudi datang ke bilik aku kat blok X ni??". Luahan perasaannya tidak lagi tertahan. Gelora di dada kian membara. Kesedihan lantaran terasa dipinggirkan.
Dia sedar, ia sudah berubah. Iklim ukhwah nampak tidak lagi sama seperti dulu. Dia tertanya-tanya akan ketulusan ukhwah yang dipupuk selama ini. Jika benar ianya tulus, jarak dan tempat tidak mampu merobek harga ukhwah. Sinergi yang tercetus akan berterusan menyatukan manusia yang berkasih-sayang kerana Allah.
Dia termenung. Seorang diri. Di bilik itu, di asrama blok X. Pegun.
Mungkin, dia masih menunggu kunjungan kawan-kawannya yang dirindui. Sementara secebis 'percaya' masih berkerlipan, dia masih menunggu. Dan perlahan-lahan, 'percaya' itu semakin menjauh.
Friday, September 21, 2012
Video Himpunan Bantah Penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w (21 September 2012)
Di hadapan Tabung Haji, Ustaz Ridhuan Mohd Noor
Di depan kedutaan Amerika
Wakil mahasiswa, GAMIS.
"Ayuh, kita penuhkan saff Masjid sebagaimana kita penuhkan dataran ini. Ayuh, kita lazimi bacaan al-Quran. Ini sahajalah panduan yang kita ada." (Wakil GAMIS)
Maaf sekiranya kualiti video idak memuaskan. Untuk pengetahuan semua, diplomat Amerika tidak memberi sebarang respon dari memorandum yang dihantar oleh wakil himpunan. Majlis diakhiri dengan bacaan surah al-Ikhlas 7x serta tasbih kaffarah.
"Dengan Nyawa, dengan Darah! Kami tebusmu ya Rasulullah!
Kamu patut Tahu
Senyum ini, tidak ku damba berbalas. Pada langit tidak
berbintang, terbentang selautan tafakkur. Samudera rindu, keajaiban buat sukma
yang fitrah. Oh! Aku ingin bebas dari semua ini, biarku tenggelam dalam
rangkulan Allah. Erat. Jangan biar selain-Nya leraikan Cinta ini. Cinta sejati,
bersinar setulus nurani.
Di jalur cahaya ini. Prinsip adalah nyawa.
Biar kamu dengan jalanmu, dan aku dengan jalanku. Jika,
memang di lauh mahfuz takdir kita berdampingan, pasti bersatu nanti di
persimpangan perjuangan, ketika sudah matang saat tiba masanya. Aku lebih
senang begini, sukmaku tidak terhimpit. Dadaku tidak meruap dek madah-madah
yang mengkhayalkan hingga ke kayangan.
Di dunia ini, kita ialah pengembara.
Boleh jadi, kamu hanyalah selembar episod dari hidupku yang
akan berlalu. Dan aku, mungkin cuma sebahagian mimpimu yang menghilang kala
usia bukakan matamu, esok atau lusa.
Aku hanya ingin kamu bahagia. Melihatmu bergembira
dihiburkan oleh firman Tuhan sudahpun melunaskan seluruh kalbuku dari rusuh.
Aku percaya, di pancaran syariatullah terbias sejambak sunnatullah yang subur
dengan sujud dan damai hakiki.
Kamu..ialah sekuntum mawar. Terhunus duri, demi harga diri.
Kamu..ialah selimut langit biru. Meskipun sembunyi, tetap
berseri.
Asalkan segalanya demi redha-Nya, ia sudah cukup. Aku
gembira.
Wednesday, September 19, 2012
Dugaan selepas Lebaran
Berlalunya Aidilfitri membawa bersama sorak-sorai raya..
Nak cuti mid-Sem kali ni, batch semester saya diuji dengan
Peperiksaan. Inilah waktu yang mengejutkan huffaz yang tidur dan menghidupkan
warga bilik yang 'mati'. Bagaikan Ramadhan kali ke-2, Masjid tampak meriah
dengan saff solat serta mushaf al-Quran yang diimarahkan. Ramai juga yang
iktikaf di Masjid. Usai penat mengulang hafazan, terus 'parking' badan dan
terlelap hinggalah dikejutkan encik bilal dengan azan subuh.
"Waa..mashi..mashi.." (Ni bukan sedara Mashimoro,
watak kartun tu. Mashi di sini bermakna lancar giler hafalan)
Kadang-kadang apabila ditujukan Label ni kepada saya, dalam
hati terdetik; "Aisy..apa la yang ko ngarut ni. Aku ni biasa-biasa je, ko
tu lagi power".
Baik..actually, Peperiksaan bukanlah satu dugaan terbesar
yang timbul kini. Yang mendebarkan dan mendatangkan risau bagi kami adalah
apabila beberapa sahabat kami telah mengalami accident. Ia berlaku kerika
mereka on-the-way ke Pahang untuk mengemaskini program Bakti Huffaz. Khabarnya,
kereta yang dibawa telah berpusing sebanyak dua kali dan kemudiannya tiga kali
terbalik. Ada yang cedera di kepala dan ada yang nak terputus jari. Nasib
baiklah tak de yang terputus nyawa. Oh..
Takziah dan Doa 'Afiah buat mereka. SyafakaAllah..
Risau juga. Mudah-mudahan tak terganggu urusan peperiksaan
yang mendatang.
Di sebalik musibah ini, mesej ibrah bersulam indah. Seorang
sahabat saya yang terlibat berkata:
"Masa darah keluar banyak tu, aku jadi kuat semangat
balik bila dengar lagu ni (sambil dia memasang lagu dari Mp3 hendset).
Erm..ni lah yang orang kata, sumber inspirasi, punca
kekuatan..berakarkan tauhid serta semangat perjuangan Islam.
(Intro. Drum)
Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha
Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina
Allah adalah
tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah ,
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina
Allah adalah
tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi
(Bingkai kehidupan- Shoutul Harakah)
Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah..Allah memelihara
mereka. Orang yang berjuang ni (cewahh), sentiasa dilindungi rahmat-Nya. Jika
ditimpa dugaan sekalipun, janji ilahi menjadi sumber inspiri yang mengalirkan
kesegaran buat roh pejuang agar bangkit dengan gagah dan tabah. Tidak rugi
berbakti di jalan Tuhan :-)
nota kaki: Erm..saya terkhayalkan, jika Kem Ryeo Na pula
yang accident, adakah lagu Oppa Gangma Style pula yang kuatkan semangat dia --'
Subscribe to:
Posts (Atom)