Thursday, June 21, 2012

Jemaah Tabligh cintakan ilmu, adakah kamu cakna?


Sabtu lepas, Majlis KHATAM BUKHARI telah dilangsungkan di Markaz Tabligh; Masjid Seri Petaling. Ramai yang hadir, membuktikan ghairah mereka kepada ilmu.

Kadangkala saya kehairanan, wujud golongan yang menuduh sesuka hati jemaah tabligh dengan pelbagai tohmahan. Tidakkah kamu sedar, yang ahli Tabligh terdiri dari pelbagai latar belakang? Memang ada yang berpendidikan agama, berasal dari keluarga yang menekankan agama dalam hidup, tetapi ramai juga orang-orang yang dahulunya jauh dari tuhan. Adakah kamu pernah menyantuni mereka sebelum ini? Ada yang gemar berzina, kaki gaduh, hampir murtad, pembunuh dan bermacam lagi. Dengan santun & sanggup, jemaah tabligh memujuk mereka ini perlahan-perlahan ke arah islam. Tidak semua orang tabligh tinggi ilmunya. Kitalah yang wajib menompang sebarang kekurangan. Alangkah kebudak-budakannya kita jika asyik mengutuk itu ini sedangkan khidmat kita dalam membantu secara BERDEPAN diperlukan. Sepanjang saya mengenali penggerak Tabligh, mereka memang meminati ilmu. Bahkan dalam prinsip yang ditekankan serta pembacaan ta'lim jelas diingatkan kepada kita supaya menyedari kepentingan ilmu. Bermomentumkan thaqafah dan tarbiah inilah terbinanya beribu-ribu madrasah dan pengajian islam di serata tempat yang didakwahkan.

Saudaraku, marilah kita saling bantu-membantu, melengkapi antara kita sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kita adalah ummah yang satu.

Pernah seorang kawan meluahkan perasaan kesalnya kepada saya.
"Macam mana kita nak duduk dengar kuliah ustaz-ustaz ni, kita duduk saje, mereka akan mengutuk kita dengan bermacam-macam perkara."

Sedarilah saudaraku, teliti kembali niatmu itu. Semasa mereka perlukan nasihat darimu, kamu dengan penuh ego, fokus kepada kelemahan mereka. Sampai bila?! Sampai bila hanya tahu mencerca? Medan BUAT lebih luas & berkesan berbanding Medan CAKAP.

 
Jangan jadi jumud dengan tabligh..

No comments:

Post a Comment