Status
yang dipaparkan ini adalah antara sekian banyak 'post pinky', luahan fitrah mahu
menikah. Tetapi, kawan saya; Azam al-Kankari mengolahnya lebih tegas. Risiko
bagi seorang muslim haraki, sama ada bernasib baik bernikah dengan insan yang
rela 'dimadukan' masanya dengan perjuangan, ataupun terpaksa tabah dengan
karenah pasangan yang tidak memahami keperluan beban pengorbanan sebagai da'ie.
Realiti kita, ada yang lebih progresif selepas dikurniakan seorang 'sayap
kiri', namun tidak sedikit yang futur lalu sejuk tidak bersuara lagi. Mungkin
si 'sayap kiri' itu enggan ke destinasi yang sama dengan imamnya. Sudah tentu
bukan mudah untuk seseorang itu untuk bertekad mewakafkan seluruh dirinya untuk
Islam, 'Amanah Saham Wakaf' yang ini tak nampak pulangannya di dunia, maka
ramai juga yang blur dan berasa ianya sia-sia. Malah, kemungkinan menghadapi
tohmahan seperti dituduh radikal, jumud dan membuang masa perlu rela ditelan.
Seorang
isteri mempunyai peranan yang besar dalam hidup suaminya.
Dia mampu
menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & penghilang lelah dalam
hari-hari seorang pejuang. Tetapi, dia juga berupaya menjadi penghilang roh
dakwah, penghalang gerak kerja & beban besar bagi seorang suami yang
berfikrah haraki. Dia boleh jadi madu, mungkin juga racun. Dia boleh
mempertingkatkan prestasi kita, mungkin juga berupaya menatijahkan pencapaian
tarbiyah kita merundum.
Kepada umat muslimat, moga-moga anda menyedari hakikat ini. Kewujudan
anda di dunia fana' ini bertujuan melengkapi keperluan seorang suami. Walau
siapapun jodoh anda, moga anda mempersiapkan diri dengan fikrah harakah
Islamiah dan sahsiah seorang mujahidah. Moga-moga jika anda ber'title' isteri
nanti, anda tak menjadi penghalang kemaraan suami anda dalam perjuangan, kerana
ia ibarat menahan insan yang anda sayang dari menaiki tangga ke syurga!
No comments:
Post a Comment