Tuesday, November 8, 2011

{Surat Cinta untuk AWAK~kerana ALLAH}

Awak..
secantik mana pun wajah seorang perempuan,
se'cute' mana pun dia,
seramai pun lelaki yang jatuh hati pada keindahan luarannya...

Suatu hari nanti, usia pasti akan mengejarnya. Sunnatullah bagi setiap makhlukNya, merasai meningkatnya usia ketika detik terus berlalu. Ketika itu, cinta bukan letaknya pada luaran. Apa ada pada wajah cantik yang akan berkerepot kelak. Apa nilainya pada tubuh yang membongkok semasa kudrat tidak lagi kuat. Bak kata ustaz Akil Hayy; "pipi dah kendur, gigi dah gugur, uban dah berterabur". Cinta saya adalah kurniaan ilahi. Hadir dengan izinNya. Abadi dengan sama-sama mentaatiNya. Biarlah hati kita bersatu selama-lamanya melalui izin Yang Maha Satu.

Saya tau awak jujur orangnya. Tak nak hipokrit kan :) saya faham tu.

Tapi kan, lagi elok rasanya kalau kita cantik luar & dalam kan. Saya bawa contoh macam sebuah rumah. Kita berhias punya la terbaeek dalaman rumah tu, sofa baru, langsir dah basuh, lantai dah mop dan segala macam la. Tapi, luarannya, kita tak jaga. Kita abaikan. Apa yang akan jadi? Silap-silap, dah beranak pinak bapak ular, ayahanda ular & spesis-spesis yang sewaktu dengannya. Kita tinggal kat situ pun mesti tak selesa.

Saya akui ramai yang kata rambut awak cantik. Berbotol-botol Rejoice dah awak pakai. Macam mana sekalipun, saya sayangkan awak. Saya tak nak tiap helai ramput yang terpamer dilihat lelaki ajnabi nanti menjelma menjadi ular besar yang siap mematuk tanpa ihsan dan menusuk racun berbisa yang amat sangat. Saya tak nak tu terjadi.

Sayang, awak kan isteri saya, please...saya tak nak paksa awak. Just, saya nak awak mendapat yang terbaik. Saya nak kita bersama bahagia sampai bila-bila dalam syurga Pencipta kita. Kalau awak berubah, saya tak nak ianya kerana saya, tapi biarlah kerana Allah. Dia kan Maha Kekal.

Semasa awak saya cintai, saya syukuri anugerah perasaan kasih sayang yang dikurniakan Allah ni. Saya akan sayang awak selamanya. Saya akan jaga awak. Saya janji, tak kan ada siapa pun yang sakiti awak.

tapi...

Saya tak kan dapat buat apa-apa di Akhirat nanti. Saya tak berdaya. Awak...maafkan saya. Andai Allah murka, saya juga akan terima tempias kemurkaanNya. Walaubagaimanapun, saya risaukan awak. please, sempurnakanlah aurat seorang Muslimah. Kelak ketika Allah s.w.t. menyoal, tiada apa yang dapat back up melainkan amal soleh di dunia. Tak pe sayang, biarlah panas sikit di dunia, asalkan merdeka dari panas terik kemurkaanNya.

Saya tau saya tak sempurna, pernah buat kesilapan. Cuma, sampai bila kita nak hidup kosong jiwa, kemarau rasa. Ketika Nur Iman menerjah relung hati ini, saya rasakan,alangkah gembiraNya andai saya dan awak beroleh keredhaan Allah. Saya inginkan awak disayangi Allah. Beroleh keteguhan Khadijah, kemurnian Maryam, keindahan Aisyah & kemuliaan Fatimah. Biarlah awak menjadi seorang MAKMUM kepada seorang IMAM, seorang PENDENGAR yang setia kepada seorang DA'I, seorang SAYAP KIRI kepada seorang MUROBBI, seorang MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID & seorang ISTERI SOLEHAH kepada saya, yang moga-moga dapat menjadi SUAMI yang SOLEH. InsyaAllah.

Please sayang, peliharalah kesempurnaan aurat. Moga kita kan dirahmati Allah s.w.t., Dia yang Mencipta Cinta, Mentadbir Hati & mengukir Taqdir. Moga saya dan awak dapat sama-sama berpimpinan tangan di taman syurgaNya. Saya akan petik bunga yang paling indah di taman tu untuk dihadiahkan pada awak. Bunga feveret awak bunga mawar kan, saya akan cari yang paling cantik sekali. Tanda cinta sejati saya, demi ilahi, kepada awak, isteriku tersayang...

--------------------------------------------------

»»~~Ya Allah, peliharalah kami dalam cintaMu, sayangilah kami dengan rahmatMu & Ampunilah kami bersama belas kasihMu yang tiada berpenghujung. Redhailah kami, pasangan suami isteri yang sedang berusaha meraih redhaMu~~««

4 comments:

  1. semoga ALLAH kurniakan tuan isteri yang mnjadi sayap dakwah

    ReplyDelete
  2. So sweet,Subhanallah ^^
    Susah tu nk cari suami soleh mcm tu skrg ni.

    ReplyDelete
  3. sweetnye...
    aduhai....semangat nk bercinta semuala,...hhahahhaha

    ReplyDelete
  4. InsyaALLAH,,
    Kita semua boleh berusaha menjadi yang terbaik untuk yang tersayang :)

    Bak kata sahabat saya,
    berusahalah dalam mencari yang soleh,
    baru mudah mendapat yang solehah

    ReplyDelete