Sunday, May 19, 2013

Doakanlah saya dapat menjadi seorang penulis; sang pelukis kalam yang mampu menyentuh hati dengan warna-warni karyanya. InsyaAllah, biiznillah. La hawla wala quwwata illa billah. Segala kekuatan, mutlak milik-Nya. Saya baru sahaja mula bertatih.membuka suatu perenggan dalam karangan kehidupan. Baru sahaja berjinak-jinak dengan alam estetika sastera dan seni ekspresi. Bidang penulisan yang mengagumkan telahpun menggoda saya sehinnga menitiskan air liur basi. Ops.. Terima kasih buat semua insan yang mencetuskan inspirasi agar saya terus tergoda. Syukri Sapuan (Abang saya) Raehan Intitsar (Pelajar DQ) Hilal Asyraff Ummu Hani Inche Gabbana serta Pak Cik Facebook dan Mak Cik Twitter Penulisan yang mereka pamerkan merangsang imaginasi dan intuisi saya untuk berkarya. Berani berekspresi. Tidak malu meluahkan ilham dan emosi. Tanpa rangsangan, entahlah..mungkin sampai bila-bila pun saya takkan berani. Skop penulisan saya; dakwah & zikrullah. Dakwah memujuk manusia mengakrabi kebenaran Islam dan keagungan Allah azza wajalla. Zikrullah membelai manusia menikmati keredupan Islam dan kesucian Allah Azza wajalla. Saya baru bermula. Akhlak & amal saya juga tidak seberapa. Cuma saya sedar, 10 jilid kitab bermula dengan satu ayat pendek bismillahirrahmanirrahim, sebuah singgahsana bermula dengan sebiji batu bata manakala perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah kecil. Keberanian. Keyakinan. Tawakkal. Untuk berjaya, harus berani bermula. Saya perlu terus menulis. Supaya sisi imaginasi yang saya miliki tidak pula disalahguna ke arah 'daerah hitam'. Sepertimana nafsu itu relatif. Jika ia terdidik, ia jadi punca bahagia rumahtangga. Begitu juga potensi imaginasi. Jika terdidik, ia jadi bah yang merubah hemegoni dakwah. Impian saya, moga coretan yang biasa-biasa ini dapat menjadi amal soleh yang dipandang Allah. Moga ia bisa menyapa walau hanya sekeping hati untuk mengenali Rabbi. Moga ia boleh menjadi gelombang pahala yang tidak henti-henti. Moga ia juga dapat mengingatkan saya sentiasa, bahawa saya punya cita-cita, punya impian besar, moga impian ini menghantarkan saya kepada impian saya yang terulung; Redha Allah Azza wajalla. "Menulis bukan untuk glamer, bukan nak follower ramai, bukan untuk nampak gah hebat. Saya tidak mahu amalan saya terbakar. Biarlah, semua penulisan ini demi redha Allah. Biarpun mungkin cuma Raqib & Atid yang membacanya, tak mengapa. Asalkan amalan menyentuh hati insan ini akan menarik pula rahmat Allah agar menyelimuti hati saya."