Monday, August 22, 2011

Untaian Tulus


  Saya sedari darjat keteguhan jiwa ini, tidak sekuat sesetengah sahabat-sahabat yang lain. Cukup dimengerti bahawa banyak kekurangan selaku manusia biasa dalam menempuh wajah dunia yang rencam cabaran.

 Sekadar,,

Terus bertatih jari menarikan karya, bukan untuk mempamer malahan jauh sekali mendabik dada membanggakan kuantiti ilmu yang tidak seberapa.

Kepada sahabat-sahabat yang bersama saya sebelum ini, pasti cukup kenal siapalah sahaja ciptaan Allah yang kerdil ini.

Mungkin,,

Diri ini hanyalah ibarat pepasir halus yang tidak dipandang orang, atau sahaja umpama dedaunan kering yang tidak dipedulikan ke mana perginya.

Hanyalah kerana hati ini berat, andai mandat yang dipikulkan oleh para murabbi tidak dilaksanakan, juga gentar andai amanah yang ditaklifkan gagal dalam penghisaban..

Memetik untai kata daripada Syed Qutb:

“Mereka yang terkecuali daripada berjuang, umurnya amatlah pendek, mulanya dari ia dilahirkan dan tamat ketika ajal mendatang. Tetapi, bagi Jundi-jundi perjuangan, umur mereka amatlah panjang. Bermula sejak Adam a.s diciptakan, akhirnya tatkala Allah s.w.t mengkhatamkan alam!”

Perjuangan tiada pengecualian. kafilah Mujahidden akan terus mara, dan mereka yang lalai akan keciciran, moga saya tidak terlepas meskipun tidak seteguh pemuka jihad yang lain..


No comments:

Post a Comment