Saturday, January 8, 2011

Wujud Dia

Andai ku terlanjur
aku ada Dia
untuk kalbu memohon ampun

Andai ku tersesat
aku ada Dia
untuk ku kembali

Andai ku terhina
aku ada Dia
untuk dinaungi hati ini

Andai ku sendiri
aku ada Dia
untuk tidak terasa sepi

Tetapi...

Siapalah aku?
jiwa sarat berdosa..
Layakkah aku,
dicintai Dia
yang dicintai
berjuta pencinta setia

Siapalah aku
di persadaNya??

Fitrah suci VS Fitnah duniawi

Manusia yang asalnya ada mengakui kesaksian berkenaan keesaan Allah s.w.t bisa sahaja bertindak dusta sekiranya fitrah yang wujud tidak disucikan malahan dirembeskan pula dengan tipuan fitnah duniawi. Moga sedikit perkongsiaan berkenaan ringkasan Fitrah suci dan Fitnah duniawi ini nanti akan menjadi nur bagi tiap diri insan yang sedang menghadapi kedahsyatan akhir zaman. InsyaAllah..


Fitrah Suci AKAL:

1-Iman(mengakui keesaanNya)
2-Siddiq (membenarkan kebenaran)
3-Ta'lim & ta'lum (mempelajari & mengajarkan kebenaran)
4-Fikir

Fitnah duniawi AKAL:

1-Kufur (menentang kebenaran)
2-Kizb (mendustakan kebenaran)
3-Cinta dunia
4-Tipu daya dunia


Fitrah suci JASAD

1-Takwa
2-Amanah
3-Ibadah
4-Zikir

Fitnah duniawi JASAD

1-Nifaq
2-Khianat
3-Nafsu
4-Lagha (lalai dalam mengingati Allah)


Fitrah suci HATI

1-Soleh
2-Tabligh (menyampaikan kebenaran)
3-Dakwah
4-Syukur

Fitnah duniawi HATI

1-Zakim
2-Kitman (menyembunyikan kebenaran)
3-Syaitan
4-Hasad dengki


Fitrah suci JIWA

1-Ikhlas
2-Fathanah (bijaksana)
3-Khidmat
4-Sabar

Fitnah duniawi JIWA

1-Syirik
2-Jahil
3-Takabbur
4-Fasiq (kecenderungan ke arah dosa)


~Wallahua`lam~