Monday, October 22, 2012

Huluran cahaya


Hidup ini adalah suatu perjalanan musafir yang jauh. Anggaplah alam kampus sebagai R&R yang memulihkan kembali ruhiyyah serta membekalkan fikrah yang teguh untuk berdepan cabaran mendatang. Apabila cuti menjelang, setiap mahasiswa akan berdepan realiti sebenar. Cabaran sebenar. Godaan sebenar. Di sini iman diuji. Di sini semua teori menuntut praktikal, ilmu memperlihat amalan.

Cuti, bukan tempoh untuk melempiaskan nafsu yang selama ini ditahan. Bukan waktu untuk membebaskan diri dari bi'ah solehah (suasanan islamik), bahkan ianya adalah potensi untuk menyebarluaskan dakwah buat ummah.
wake up la wei!

Terdampar di tengah-tengah zon cuti, saya tercampak ke dunia penuh selesa.

2 Minggu cuti berbaki, sudah terbit rindu pada tarbiyah, dakwah & ukhwah di Kampus. 100% correct apa yang Rasulullah sabdakan bahawa majlis ilmu adalah antara taman-taman syurga. Ya, saya rindukan haruman wacana ilmiah dan aroma usrah yang menebar di Darul Quran.

Saya kekosongan. kontang spiritual. Rindu pada aroma tarbawi.

Saya butuhkan inspirasi.

Dan ia, sejalur cahaya itu hadir dari insan biasa-biasa yang luarbiasa di mata saya lantaran secebis prihatin.

Pak Cik Bariman: Salah seorang Imam di Surau berdekatan (Surau Muttaqin). Aktivis HALUAN dan pernah beraktivisme di Palestin melalui misi kemanusiaan. "Teruskan belajar, kuatkan semangat, kita perlukan Hafiz"

Haji Ismail: Seorang jemaah Tabligh yang sentiasa akrab dengan mushaf al-Quran usai solat Zuhur dan Asar. Dia menginspirasikan saya melalui kekuatan ibadahnya yang menimbulkan insaf. "Biasalah..orang muda. Memang diuji. Ingat sentiasa, dunia ni sekejap je. Akhirat selama-lamanya. Orang muda macam awak ni, kalau taat..lagi Allah suka."

Ustaz Anam
Ustaz Shariful Anam: Beliau mendidik saya semasa di sekolah rendah. Seorang murabbi yang berkhidmat kepada masyarakat dengan kesungguhan. Menginspirasikan saya tentang tanggungjawab yang dimandatkan buat penuntut ilmu agama. "Anta kena ada rasa tanggungjawab kepada penduduk Taman Kota Jaya. Masyarakat kita dahagakan ilmu agama. Ana akan pergi satu masa nanti. Jadi, siapa yang akan gantikan ana?? Anta patut ambil alih tugas mengajar di sini. Kasihan masyarakat kita. Anta pun boleh lihat sendiri, masyarakat kita dahagakan ilmu agama. Kalau bukan pelajar bidang agama yang mengajar di surau & masjid..siapa lagi?"




Hati ini tersentuh...

Aku ingin kembali fitrah. Hidup di kelilingi suasana dunia, perlahan-lahan jahiliyyah meresapi hati. Ya Tuhan, aku ingin kembali ke landasan perjuangan...

Langkah kembali disusun, dari puing-puing kelalaian...

rindukan ukhwah




1 comment:

  1. Alhamadulillah, beruntungnya pada usia muda sudah faham agama, sudah cinta ilmu, sudah rindu pada usrah dan tarbiyah, sudah respek kpd para daei dan ustaz. Teruskan juangmu anak muda untuk renung dan fikir, untuk sabar dalam taat, dan sabar meninggal maksiat, untuk berjihad melawan nafsu dan godaan syaitan. Janganlah kita hidup di dunia untuk menderita di akhirat. Jazakallah dan slamat berkenalan.

    ReplyDelete