Thursday, November 3, 2011

Manusia Picisan

Kita miliki pilihan. Jalan di hadapan bersimpang & bercabang, tapi akal kurniaan ilahi adalah Maharaja dalam mengerahkan pemilihan.

Baik & Buruk
Pahala & Dosa
Nikmat & Azab

Bagi seorang manusia picisan, sekadar mengikut arus kehidupan yang biasa-biasa sudah cukup memberi kepuasan.
Membesar dari hari ke hari
menghabiskan umur bersama masa
pergi ke sekolah
masuk Universiti
kalau ada rezeki, sambung ijazah, dsb
nikah, berkeluarga
mempunyai anak
menimang cucu
dan
.......
.......
.......
meninggal dunia.

TAMAT.

Noktah bagi Manusia picisan bukanlah apa-apa. Tiada apa untuk dikenang, tiada apa untuk dijulang.

Sekadar menuruti arus manja duniawi tidak menjadikan kita 'somebody'.

Mari menjadi MANUSIA PEJUANG!

Hassan al-Banna, HAMKA, Pak Natsir, Izzudin al-Qassam, Fathi Yakan, Maulana Ilyas rahm.,,

merekalah harapan kegemerlapan Umat Islam.

Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tok Janggut, Sultan Abu Bakar, Dol Said, Mat Salleh,,

melalui mereka nasib umat diangkat.

Perjuangan adalah pilihan. Ada pula diantara kita, ianya adalah kemestian.

Bangsa Palestin, Pattani, Chechnya, Kashmir,,

Siapa peduli teriak mereka?? tangis mereka??

Perjuangan. Satu baris kata yang sentiasa hijau dalam sejarah manusia. Dalam kitab sejarah, MANUSIA PEJUANG diangkat meskipun dipiijak seteru, dijunjung meskipun diludah seteru.

Mari menjadi MANUSIA PEJUANG!!
Allah sw.t telah memperuntukkan rezeqi, masa & riwayat hidup hanya di kanvas nyawa yang satu ini sahaja. Tiada ulang kembali.

Perjuangan menuntut keringat, terkadang mengugut titis air mata. Namun Yang Maha Esa mencintai insan istimewa yang sedia berkorban demi agamaNya.

Walau di mana kita berada, kita mampu menjadi manusia pejuang.
Kalau jadi pelajar, jadilah pelajar yang cemerlang.
Kalau jadi mahasiswa, jadilah mahasiswa yang dinamik.
Kalau jadi Usahawan, jadilah usahawan yang jutawan.
Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin persis Nabi Muhammad s.a.w.
Ditaqdirkan sebagai Muslim, jadilah seorang yang Mukmin, Muttaqin, Muhsinin & Mukhlisin.

dan sebagainya...

memetik mutiara kata dari YDP Darul Quran sesi 2010/2011:
"When I got the chance, I'll do the best, and Allah will do the rest".


Manusia picisan atau Manusia pejuang. Pilihan hanya satu.
pilihlah dari sekarang





picisan=biasa-biasa, stereotaip
Published with Blogger-droid v1.7.3

No comments:

Post a Comment