Saturday, June 30, 2012

Akukah Ekon. Maktabah


Malam tadi, perjumpaan ekonomi Maktabah selama beberapa minit. Saya memang tidak minat meleret-leret dalam mesyuarat, straight to the point, datang ke kampus ni bukan cuma nak habiskan masa dalam meeting..


Alhamdulillah, segala syukur ditujukan kepada Allah, tuhan pengurnia rezqi. Syukran + Arigato kepada ahli-ahli ekon. mktbh iaitu u.Zubair, u.Asna & u.Rifqah.

Jujur. Saya tak minat bisnes. Leceh nak buat jualan dan buat kira-kira kewangan..

Sebab itulah pada awal perlantikan sebagai ketua unit ekon., saya kurang bersemangat mengerakkannya. Namun, entah bagaimana Allah menggerakkan hati saya agar mencuba. Ya, belajar sesuatu yang baru!

Dengan dibantu oleh ahli-ahli, saya jadi lebih bersemangat melonjakkan jualan. Rupa-rupanya, banyak perkara dapat dipelajari dari perniagaan;
Strategi.
Kesabaran.
Kemahiran menjangka.
Teamwork.
Tawakkal.
Qanaah.

Patutlah Rasulullah s.a.w turut dididik dengan bisnes. Ia mengajar manusia erti ikhtiar dan pengharapan pada tuhan. Mengajar kita supaya bijak merancang sebagai strategis. Mengajar kita makna teamwork sebagai rakan sepasukan.

Hermm..semestar kali ni membuka paradigma saya tentang persepsi baru berkenaan dunia bisnes. InsyaAllah, berharap sangat dapat teroka lebih banyak perkara dalam hidup ni sementara masih muda-mudi

Sajak; Kilas Sufi

Kala unggas bertasbih
Riak air bertaqdis
Dedaun pohon berselawat

Gema buana berbisik
Penuh bicara tanpa kata
Penuh makna tanpa kalimah

Renung seorang Sufi
musafir ke mehrab Maghrifat
Terbang di langit Hakikat.

Tiada deria nafikan
"Segalanya pujangga Tuhan"
Sekilas pandang sejuta tafakkur


Sajak; Akuan kalbu

Mata pencinta
Enggan lagi melihat selainNya
Apa perlunya lagi mata
Setelah melihat Sang Pencipta

Hati perindu
Nafikan nafsu pada selainNya
seolah-olah diri musnah
tidak berhasrat
tidak delusi lagi
Tidak berhalusinasi duniawi

Seluruh sanubari sufi
Fana' ditelan cinta
Rela hanyut
Di lautan maghrifatNya
Tanpa sempadan
Tak inginkan sempadan

Thursday, June 21, 2012

Korang insyaAllah boleh!


Assalamualaikum warahmatullah-i-wabarakatuh,

Abang Zaki nak bercoleteh sikit ni :-)

Apa khabar geng-geng Ampang Pecah, pejam celik sekejap je rasanya kita dah habis program. Apa-apa pun, abang bangga sebab korang dapat menjadikan program 3 hari motivasi kita mantap & terbaik! tahniah2,,

Abang dengar ada antara korang yang rasa penat giler masa program tu, kan? Ada juga yang buat muka bosan dan ke'lembu'an, mybe sebab program macam ni dah biaskorang ikut.

Just nak bagitau, segala apa yang korang lalui masa program kita tu, bukanlah sia-sia. Bukan dibuat sesuka hati & limpa, tetapi kami Fasi2 dan KD2 mahu melihat perubahan dalam diri korang. Ya, korang insyaAllah boleh.

Walaupun abang kurang dapat duduk sama2 dengan korang (sebab sibuk shoot gambar), abang perasan dalam diri korang ada keinginan nak berubah. Itulah namanya Hidayah. Jangan dipersiakan anugerah ni, mungkin hadirnya kali ni buat yang terakhir sebelum segalanya terlewat...

Ada antara korang yang dah form 3, form 4..tapi masih tak pandai nak solat dengan betul. Kalau solat pun tak pass, macam mana nak berjaya dalam hidup ni?? Kejayaan sebenar kita adalah dengan mentaati Allah s.w.t sepenuhnya. Walau kuat & power mana pun kita, walau pandai & hebat mana pun kita,..kita tetap hamba Allah. Satu masa yang pasti, kita semestinya dikembalikan kepadaNya. Ketika itu, ibadat solat yang di dunia diambil lewa, akan dipersoal oleh Allah, Solatlah satu-satunya harapan kita. Tanpanya, Allah akan marah & membenci kita. Jika tuhan kita sendiri sudah membenci kita, siapa lagi tempat kita berharap..
Awek? Member? Mak bapak?
Masa tu hanya tinggal iman & amal kita.

InsyaAllah, abang percaya yang korang boleh berubah. Tanpa ibadah, hidup ini takde maknanya. Percayalah, selepas menyempurnakan solat sebaik mungkin, hidup korang akan lebih bererti.

Inilah sedikit perkongsian dari abang Zaki, kalau nak contact, mesej je bila-bila mas, kalau nak jumpa, abang ada je kat depan sekolah korang, kat Darul Quran ni haa..

Semoga berjaya dan semoga kita berjumpa lagi :-)

Sajak; Mahasiswa menggugat sejagat

Zaman-berzaman
Diperakui Tuhan
Ilmuwan pencetus reformasi ummah

Berpencakkan pena ilmiah
Hapus hujjah kuffar
Tegak daulah Islam
Sebar cahaya terangi dunia

Mahasiswa
Bukan sembarang potensi kita
Mesir, Iran dan Turki
Lahir karyawan berjiwa pejuang
Cipta jundi berfikrah haraki
Dari meja kuliah
Musafir dakwah Di medan ummah
Dari debat ilmi
Pimpin hidayah penuh hikmah
Dari sujud ikhlas
Santuni insan demi perubahan

Dunia terus berputar
Pemuda dan dara
Pasti pengganti yang tua renta
Laksana mata rantai
Bersambung restu satu persatu
hatta bertemu Pencipta Alam
terima redha tiada tandingan

Sejak Zaid Bin Tsabit
hinggi kini
Dr. Mursi Issa al-Ayat al-Hafiz
Panji huffaz kibarkan revolusi
Aura al-Quran sumber inspirasi
Bicara huffaz didengari orang
Jadi harapan
Umat mendatang
Dr. Muhammad Mursi Issa al-Ayat al-Hafiz, ikon Mahasiswa dan Pelajar dalam jurusan Tahfiz al-Quran
 

Jemaah Tabligh cintakan ilmu, adakah kamu cakna?


Sabtu lepas, Majlis KHATAM BUKHARI telah dilangsungkan di Markaz Tabligh; Masjid Seri Petaling. Ramai yang hadir, membuktikan ghairah mereka kepada ilmu.

Kadangkala saya kehairanan, wujud golongan yang menuduh sesuka hati jemaah tabligh dengan pelbagai tohmahan. Tidakkah kamu sedar, yang ahli Tabligh terdiri dari pelbagai latar belakang? Memang ada yang berpendidikan agama, berasal dari keluarga yang menekankan agama dalam hidup, tetapi ramai juga orang-orang yang dahulunya jauh dari tuhan. Adakah kamu pernah menyantuni mereka sebelum ini? Ada yang gemar berzina, kaki gaduh, hampir murtad, pembunuh dan bermacam lagi. Dengan santun & sanggup, jemaah tabligh memujuk mereka ini perlahan-perlahan ke arah islam. Tidak semua orang tabligh tinggi ilmunya. Kitalah yang wajib menompang sebarang kekurangan. Alangkah kebudak-budakannya kita jika asyik mengutuk itu ini sedangkan khidmat kita dalam membantu secara BERDEPAN diperlukan. Sepanjang saya mengenali penggerak Tabligh, mereka memang meminati ilmu. Bahkan dalam prinsip yang ditekankan serta pembacaan ta'lim jelas diingatkan kepada kita supaya menyedari kepentingan ilmu. Bermomentumkan thaqafah dan tarbiah inilah terbinanya beribu-ribu madrasah dan pengajian islam di serata tempat yang didakwahkan.

Saudaraku, marilah kita saling bantu-membantu, melengkapi antara kita sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kita adalah ummah yang satu.

Pernah seorang kawan meluahkan perasaan kesalnya kepada saya.
"Macam mana kita nak duduk dengar kuliah ustaz-ustaz ni, kita duduk saje, mereka akan mengutuk kita dengan bermacam-macam perkara."

Sedarilah saudaraku, teliti kembali niatmu itu. Semasa mereka perlukan nasihat darimu, kamu dengan penuh ego, fokus kepada kelemahan mereka. Sampai bila?! Sampai bila hanya tahu mencerca? Medan BUAT lebih luas & berkesan berbanding Medan CAKAP.

 
Jangan jadi jumud dengan tabligh..

Senyumlah kawanku, dirimu Da'ie

Syukri, seorang atlet+Dai'e
Duhai Da'ie, senyumlah..

Sekadar ingatan untuk diriku dan
teman-teman dalam perjalanan menyempurnakan gerak kerja. Tak cukup rehat, tidur lewat, kerja bertindan dan bermacam-macam mehnah semestinya dihadapi. Ia akan mematangkan kita, memahirkan skil dan potensi diri kita. Ia juga sebagai pengalaman bermakna supaya andai kita berada di atas, kita mengerti bagaimana kepayahan orang di bawah. Juga agar kita faham keadaan mereka yang sedang berjinak-jinak mewakafkan diri demi Islam, supaya kita tahu bagaimana nanti memberi tunjuk ajar yang sesuai.

Benar sahabat, kita sedang belajar memperbaiki gerak kerja, semua perkara perlukan masa.

Muka yang lesu dan kusam senyuman menandakan dirimu letih. Tetapi, sedarkah kamu tentang hal dakwah fardhiah melalui roman wajah yang manis dan senyuman yang mesra. Bimbang sekali sekiranya kita hanya menyiapkan dakwah external bermedium kertas dan mikrofon, namun lupa dengan sentuhan magis dalam dakwah yang paling berkuasa, senyuman ikhlas seorang da'ie.

Diriku tidak sehebat kamu.
Cuma diriku tidak mahu kamu tertinggal elemen penting dalam perjuangan kita; dakwah akhlak. Diriku mahukan kamu terus tuntas mengharungi cabaran dan ketahuilah bahawa tiada yang lebih bermakna bagi seorang kawan melainkan melihat kawan karibnya berjaya, InsyaAllah.

Moga muka tak stress lagi, Ma'akAllah~

:-)

Teringat masa sem 1 dulu, hepi je sentiasa..

Sesegar renungan jujur


Sedalam mana sekalipun fitrah kasih pada seseorang, ia tidak boleh melanggar hak-hak Allah. Seorang muslim adalah manusia yang wajib mengakui ada hikmah di sebalik setiap hukum syarak. Islam menempatkan cinta di makam yang tinggi dan enggan ia dicemarkan dengan sebarang nista.

Firman Allah SWT : “Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.“ (Al-Israa’: 32) 
“Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)
Nabi SAW menyatakan, "Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH," (HR. Ibn Majah, al-Hakim)

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
  • Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
  • Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
  • Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
  • Menundukkan pandangan.
  • Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
  • Tidak mengamati perempuan atau lelaki sehingga menaikkan syahwat.
  • Memelihara aurat dan kehormatan masing-masing.
  • Berkata yang ma’ruf dan sopan serta serius dalam percakapan.
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
  • Menjaga pergerakan.
  • Mempercepatkan urusan

+Ada insan (moga dia dirahmati) yang mengingatkan saya:
1. Utk call; Hanya pkara pnting yg x boleh djelaskan mlalui tulisan.
2. Utk call; Minta izin & ada mana2 sahabat di sisi di dua2 belah pihak.
3. Waktu x dbenarkan utk call & msg: sblum 6.45 pg, 1-2 ptg, 4-5.15ptg, 7-9.15 mlm, & slpas 11.30mlm.
Sama2 mnjaga hati masing2 dlm menuju redhaNya.
Dia Maha Tahu apa yg tersimpan dihati.



*************************


dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi,

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25 iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h



*******************

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan
urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita
bentangkan depan Allah SWT, kita yakin
kita mampu jawab dan berhujah depan
Allah bahawa ia adalah urusan, maka
itulah yang dinamakan urusan. Jika hati
masih berasa was-was samada ia suatu
urusan atau tidak, maka berawaslah.
(Fatimah Syarha)


Sabda Rasulullah SAW,
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a.
daripada Nabi SAW baginda
bersabda: "Kebajikan itu ialah
keelokan budi pekerti dan dosa itu
ialah apa yang tergetar dalam dirimu
dan engkau benci orang lain
mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a.
beliau berkata: Aku telah menemui
Rasulullah SAW lalu. Baginda
bersabda: Engkau datang mahu bertanya
tentang kebajikan? Aku berkata: Ya.
Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari
hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara
yang diri dan hati merasa tenang tenteram
terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu
perkara yang tergetar dalam dirimu dan
teragak-agak di hati, sekalipun ada orang
yang memberikan fatwa kepadamu dan
mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan
al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Walau sekuat dan sederas masa sekalipun degupan jantung kala teringat insan yang dikasihi. Hati yang diamanahkan tuhan hendaklah dipelihara supaya dalam meniti pesona perasaan, jiwa sentiasa dibimbing oleh Allah. Moga segalanya dipermudahkan, kerana kita berharga di sisiNya..

~Tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta selepas berjabat serta melafazkan "Aku terima nikahnya"~