Saturday, July 30, 2011

Inspirasi

Hadis Qudsi;


 "Wahai manusia, jika kalian terus berdoa dan memohon kepadaKU, AKU pasti mengampuni semua dosa kalian, tanpa mempedulikan banyaknya. Wahai manusia, meskipun dosamu setinggi langit, kemudian kau memohon ampunanKU. Aku akan mengampuni semua dosamu; tidak mempedulikan berapa banyak dosa itu. wahai manusia, seandainya kau mendatangiKU dengan membawa dosa sepenuh bumi, tapi engkau tidak menyutukanKU dengan apa pun, maka AKU akan datang kepadamu dengan membawa ampunan sepenuh bumi
(HR at-TIRMIDZI)

Seinfiniti maghfirah Yang Maha Pemurah tersedia demi rintihan taubat hamba yang setia meraih redhaNYA. Namun, bukanlah kita berhak mengeksploitasi keluasan kasih-sayangNYA.



Ibnul Jauzi menceritakan bahawa seorang ahli ibadah dari Bani Israel berkata kepada Allah, "Wahai Tuhanku aku sering menderhakaiMU, namun engkau selalu memberikan taubat, lantas di mana azabMU? Allah s.w.t kemudian berdirman kepada hamba tersebut;
"bukankah AKU tidak memberimu kesempatan merasakan lazatnya bermunajat kepadaKU?" ertinya, "bukankah AKU telah menghalangimu untuk beribadah mendirikan mendirikan solat & bermunajat, kau tidak bisa merasakan manisnya zikir & istighfar?"
(SHAIDUL KATHIR)

Reformasi Ramadhan

Tika saya menarikan jari di keyboard cc di Sri Petaling ni,..
malam ni adalah malam terakhir sebelum menemui bulan yang mulia;

~RAMADHAN al-MUBARAK~

 Selama 19 tahaun nafas ini dihitung, saya tidak pasti di mana kini martabat diri ini di sisiNYA.
 Selama ini,..apalah sangat sumbangan manusia kerdil ini kepada agamaNYA
 Selama ini juga,..berapa banyak hati-hati yang telah saya sakiti..

Doa Jibril menjelang Ramadhan yang mafhumnya; 
"Ya Allah, kau abaikanlah puasa umat Muhammad s.a.w yang apabila sebelummemasuki Ramadhan tidak melakukan perkara berikut;
-meminta ampun kepada ibu bapa
-bermaafan sesama suami isteri
-bermaafan dengan orang sekitarnya

lantas Nabi Muhammad s.a.w mengaminkannya sebanyak 3x..


 Kepada sesiapa yang pernah mengenali diri ini yang tiada sempurna lagi memiliki deretan khilaf,..saya menghulur lamaran maaf..

Moga madrasah ramadhan 2011, menggelarkan saya revolutioneer sebenar.
mudah-mudahan..




pss: Sedang berusaha mengimplementasi 6 sifat sahabat dalam diri